Wednesday, February 10, 2010

salam..

pertolongan diperlukan :)

tolong tinggalkan kritikan2 membina di sini. pakar2 dalam bidang penulisan kreatif serta pakar2 bidang agama Islam juga amat digalakkan menambah apa yang kurang, mengurangkn apa yg lebih, menegur apa yg salah. sekian, kerjasama anda amat dihargai :)

Wednesday, July 22, 2009

prologue

alhamdulillah akhirnya siap jua cerpan ku ini...kalo wat dalam bentuk buku, dah jadi novel dah sebenarnye..huhu..adela dalam 62 page kalau font 14..so what should i call this?? mini novel??

by the way..diari laila pulak aku nak tumpukan selepas ini dan insyaAllah aku akan create page untuk diari laila pulak..aku memang suka bermain dengan design2 template ni..

lambat giler diari laila habis..sebabnya aku memang xplan pun cerita tu. mengikut mood aku je lepas tu stuck tak tau nak sambung. tp aku akan berusaha jugakla..

manakala aurora yg aku pamerkan ini, aku namakan sebagai raw product(ala manga pulak) sebab ade masalah ejaan dan bahasa. aku bercadang untuk mengemaskan lagi jalan cerita dan bahasa. tapi takut hilang identiti sendiri pulak bila edit banyak2..hmm..xpela...i will try my best..

salam~ and enjoy the story while eating pisang goreng..eh apekah..

raw product

hari ni aku keluar melawat town sekejap. niat di hati cuma nak membeli beberapa barangan je..dengan kalimah bismillah aku melangkah keluar dari rumah dengan kaki kanan.

perjalanan dimulakan dengan menahan teksi. amat kejam tiada teksi yang sudi menumpangkan aku. xde rezeki, nak buat macam mane, ni mesti sebab aku terlewat bangun pagi. sekonyong-konyong ayam pun bangun lagi awal drpd aku. dah la bangun awal, memekak buat bising pulak. dah bising tahap bingit tu pun aku still enak dibuai buaian dlm mimpi aku..apela aku ni..esok mesti bgn lebih awal.esok mesti lebih baik. dan hari ini perlu diteruskan dgn lebih baik drpd semalam. masa xmungkin dpt diundur sekalipun doraemon dicipta dan dikomersialkan dimuka bumi ni.

teringat bisikan hikmah daripada Ilahi:

“dan setiap umat mempunyai ajal( batas waktu). apabila ajalnya tiba, mereka tidak dpt meminta penundaan atau percepatan sesaat pun” (al-a’raf:34)

jelas. masing2 telah ditetapkan masanya. xmungkin dpt diubah ketetapan itu. jadi, ape kejadahnye ade doraemon yg boleh pergi zaman lampau? mengarut.

kata-kata yusuf al-qardhawi pulak menyinggah dlm halaman minda:

“masa berjalan begitu pantas. masa yang telah berlalu tak akan kembali lagi dan tidak mungkin dapat dicari ganti. oleh itu, masa merupakan harta milik manusia yang paling berharga kerana masa adalah jadual waktu bagi setiap pekerjaan dan produktiviti. dalam sudut realitinya, masa merupakan satu hakikat suatu saham permodalan buat individu mahupun masyarakat”

subhanallah.sgt pentingnya masa sampaikan Allah bersumpah ke atas masa:

“demi masa. sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya tetap bersabar.” (al-’asr:1-3)

pepatah arab pula menyapa minda: masa itu ibarat pedang. sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu…ish mmg ganas org arab ni..pepatah pun nak di’pedang’kan..

teringat juga pepatah melayu: masa itu emas…hmm..mmg tamak org melayu ni..emas jgk yg dok dipikirnye..

pepatah inggeris pula menyibuk: time is life..no komen.

“ye dik.nak pegi mane?” tingkap pemandu diturunkan. Ya Allah, asyik fikir pasal masa dan kaum kerabatnya sampaikan aku lupa tangan ni ligat je menahan teksi yang lalu lalang. jap2..teksi ape ni? hitam berkilat semacam. ade ke teksi cmni kat Malaysia ni? atau mmg ade kt bandar KL ni je?

“err..ni teksi ke?” aduuh..soalan ape aku tanye ni…driver tu sengih je.menyampah aku.jawabla.

“lebih kurang mcm teksi la. jemput naik. saya bawak awak ke mane je yg awk nk” lelaki yang nampak mcm umur 40-an tu nmpk ikhlas nk tolong aku. eh tapi jangan..jangan maiya..ko jangan cari pasal..tah siape2 la ni..aku ni pun satu, main keluar je tangan without sedar aku dah tertahan kereta yang bukan teksi.

“err..mahal kot..xpela..saya cari teksi lain” aku terkulat-kulat mencari alasan..adodoiii..

“haha..mahal ape pulak..free ni..naiklah..teksi memang takde mase2 mcm ni..kalau ade pun,diorang xmo brenti sebab ni waktu lunch.” pakcik itu mengukir senyum. ikut firasat aku,mcm ikhlas la..cmne eh???? tuluun..ya Allah, selamatkanlah aku…

bismillahitawakkaltu’alallahiwalahaulawalaquwwataillabillahil’adziim

‘teksi’ mewah tu terus meluncur laju.

“sebenarnye pakcik ni driver je. on the way nak amik majikan pakcik yang kerja tak jauh dari sini..nampak adik mcm terdesak je nak transport td, pakcik pun dpt ilham nak tolong.” pakcik tu tergelak kecil..aku masih membisu..tergamam..tak taula nk ckp ape. hati terkumat-kamit berselawat dan mengingat Allah..entah ape la yang pakcik tu fikir pasal aku. budak perempuan tak cukup umur yang sombong tak menghargai bantuan orang. astaghfirullah..husnuzzon..husnuzzon..

“sebagai umat islam, kite kena sentiasa bersangka baik sesama manusia. jgn berfikiran buruk2..bak kata org zaman sekarang, think positive!” kata2 ustazah khalilah lapan tahun dulu bergema dalam telinga.

kereta terhenti. lamunan aku pun same terhenti. pandangan ditala keluar.”Hospital Kuala Lumpur”..hospital?

“err..pakcik..saya bukan..”

“pakcik tau.td pakcik kn ckp nak amik tuan pakcik. ni la tempat keje dia. pakcik dah janji nk amik dia time ni,jadi pakcik kena tepati janji.” aku hanya mengangguk. pakcik driver hanya memandang aku melalui front mirror sambil tersenyum.murah senyuman betul.

tiba-tiba pintu sebelah aku terbukak.pandangan aku diserang dgn muka terkejut seorang lelaki yang…er..yang kelihatan terkejut la.

“sape ni, pak lang?” laki tu wat muke xpuas hati plak.

“pak lang jumpe dia kat taxi stand td.xde teksi nak jemput dia. pak lang pun tumpangkan la..lagipun on the way je..xjauh dari sini..”

“ala pak lang ni.buat charity pulak watpe.eh tepilah.pegi duduk tempat lain.ni tempat aku.” aku rase terhina.cheh ini mamat sudah melampau..sabar, Sumayyah..sabar..

"tu tempat aku. will u excuse me."

hekeleh dia ni...kerek giler..berkira pulak tu..ingat aku heran ke nak naik kereta muncung ikan paus ko ni..

"oi..oi..will u excuse me.kau duduk la kt depan."
"as u wish,mister whatever." aku turun dgn kadar segera. kang mengganas pulak zombie HKL ni. Pak Lang terus memecut honda civic yang dipandunya.
"haa..pandai pun..pak lang,laju sket bawak. saye penat sgt ni. dah dua hari xtido." jejaka itu memicit-micit kepalanya...patut la..meng'zombie' selama dua hari..memang la tak siuman.
"ok.tp pak lang kena hantar adik ni. dia nak g bukit bintang jap."
"aduiii..nk watpe g sne.melacur?"
wah panasnye hati ini...menyirap darah!! sabar sumayyah...sabar!!!! nasib baik dia letih tahap giga. kalau x dah lame dah aku sound dia..nasib baik jugak aku duduk depan. kalau x, dah lame mkn tamparan wanita mamat tu.
"astaghfirullahaladzim..tak baik ckp mcm tu..kamu ni.."pandangan pak lang menghala ke front-mirror dan terpantul ke wajah lelaki tak siuman tu. kemudian dia menggeleng-gelengkan kepala..aku pn curi2 pndg ke blkg..hmm..dah tido pun dia..mabuk kerja sungguh..
"pakcik mintak maaf la ye nak..si Umar ni memang angin dia tak tentu hala sikit..dia ni baik orgnye..cuma itula..kalau kerja kuat sgt smpai xtido, jd la dia merapu-meraban mcm ni..percayalah,dia xberniat jahat pun..penat sgt tu.." jelas pak lang pjg lebar..aku hanya tersenyum dan mengangguk-anggukkn kepala...Umar..hmm...terbayangkn pulak saidina Umar...mungkin beliau sebengis ni dulu..wallahualam.Umar...mcm familiar..huh..mmgla..dah tu nama sahabat nabi..Umar..ishhh!! ape ni!! yg ko nk ingt2 nme umar tu watpe..astaghfirullah..

"Terima kasih pak lang, sebab tumpangkn saya. Hanya Allah yg dpt balas pertolongan pak lang.nah,anggap la ni sebagai token of appreciation drpd saya.." dah tumpang kerta org,rase bersalah pulak pergi mcm tu je..duit yg aku bajet utk naik teksi td,aku serahkn kpd pak lang..

"Ya Allah, xpayah susah2..pak lang xmintak ape2 pun.simpanla.."Bersusah payah Pak Lang menolak..aku pulak nk cepat pergi..karang mengamuk pulak si zombie tu. maka aku tinggalkan je duit tu kat front seat.

"Assalamualaikum, Pak Lang.." dan aku terus blah..

hmmm..bukit bintang..bukit bintang..penuh maksiat..no wonder bila pak lang bgtau aku nak g bukit bintang je, si zombie tu bg pandangan serong..tak sume org dtg bukit bintang utk buat maksiat,wahai zombie..kelakar betol..

Aku terus meredah kota metropolitan tu. manusia berlambak xpayah bilang la..kalau sebanyak ni manusia kat masjid kan bagus. lagi2 waktu subuh.. ni x, waktu subuh, manusia dok membuta, ade yg berlambak atas jalan,merempit. berlambak dekat tepi jalan,berpeleseran..begelumang maksiat..nauzubillahiminzalik..seemoga aku takkan tergolong dlm kumpulan manusia yang macam tu..

Setelah melalui bukit bintang plaza, I passed thru starbucks coffeehouse..used to hangout there but since knowing that it has some agenda with the zionis, boycott is the word. seberang jalan is my destination..i wait patiently for the cars to stop moving..lambat pulak traffic light ni nak tukar kaler merah...sabar..sabar..

cuaca panas terik macam ni mmg mencabar lagi2 kalau berjalan kat tengah2 kota yg sesak dgn manusia dan kenderaan ni..peluh mula merembes keluar..dahi dah rase basah..ade beberapa org manusia berdegil,melintas jugak jalan walaupun kereta masih laju meluncur atas jalan tar. no i wont do that..keselamatn diri kena jaga. tawakkal,tawakkal jugak..tp usaha utk jaga diri kena ade...mcm kisah unta yang tak ditambat tuannya kerana tuannya berserah bulat2 kepada Allah..akhirnye unta itu hilang..pdhal,tawakkal patut disertakan dgn usaha..unta patut ditambat, barulah bertawakkal..same goes here, kena tunggu kereta sume stop,baru la melintas.ni jalan besar kot. jalan kampung tu lain la.

finally, merah juge kaler traffic light tu. sume kereta patuh dgn isyarat lampu merah.berhenti.manakala manusia pulak take the opportunity. melintas jalan. kedai alat muzik Bentley semakin hampir..pintu kaca tu aku tolak dan kaki kananku menapak ke kedai itu. keyboard..keyboard..tali biola..tali biola...mata aku meliar mencari-cari item yang diingini. tali biola dah dpt..senang je bcoz i used to buy it..now what..a keyboard..byk pulak modelnye..mane satu yg patut aku beli ni??? nak cari kualiti, aku bukannye tau pun how to evaluate it..by the brand? or the price? or the looks? no..dont judge a book by its cover..nak tak nak, aku kena approach the promoter jugak utk tanye dia psl kualiti ni..malu bertanya, sesat jalan.. dont mind the price..as long as it can last long and produce an excellent sound..

RM 500 cash aku serahkan kepada cashier kedai muzik tu utk dua item yg aku beli..alhamdulillah, dgn bantuanNya, urusan jual beli aku dipermudahkan. sekarang semoga perjalanan aku ke destinasi kedua berjalan lancar..aku beli tiket LRT Star ke bandaraya. ade misi yang belum selesai di sana. ingatkan nak selesaikan esok je..tapi memandangkan aku still ade mase dan ade duit, maka niat tu aku segerakan hari ni...kerja baik jgn ditangguh2kan..sementara menunggu tren ke bandaraya, aku mncapai handset utk call babah.


"Assalamualaikum,babah..sori kacau..hehe..sibuk ke? dah lunch?" tengah2 penat camni,kalau dpt dengar suara babah,mmg sejuk hati rasenye.
"Waalaikumussalam..babah tengah rest ni..baru je lepas lunch..setengah jam lg sambungla keje.."
"ok..babah, maiya dah setel kat bukit bintang. now i'm going to jalan TAR..another secret mission.but dont worry babah, maiya balik pukul 4 nanti. tp kalau lmbt, i hope u undestand how KL is."
"ok,dear..babah paham..thanks for informing..u dont have to actually coz i trust u..by the way, do take care of yourself k."
"ok babah..u too..assalamualaikum.."
"waalaikumussalam."

tiba2 je sume org bergegas ke yellow line. sah2 tren dah sampai la ni..ramainye manusia..dpt ke aku masuk ni..berenti je tren, berebut2 manusia nak masuk ikut pintu yang kecik tu..yang nak masuk tren bertolak-tolak ke dalam..yang nk keluar tren bertolak-tolak ke luar...kalau ikut hukum fizik ni,sure takde sape2yang dpt keluar mahupun masuk tren. ade simultaneous forces in two different directions and the two forces will eventually cancel out each other..so xde force yang terhasil.mcm isi tepung dlm bekas yang bocor la..atau macam tipu belon yang dah bocor..xde hasil ape2 pun..penat dan membazir je adela.hai rakyat Malaysia..hebat betul berebut smpaikan dpt melanggar law of physics. still ade org keluar, still ade org masuk..mesti ade org yang give up n give way la tu..kalau sume kepala nak berebut,xtaula cmne..

alhamdulillah dpt gak aku menyelit masuk..org kata survival of the fittest..nak x nk kena berebut la jugak..kalau x,smpai ble2 aku xdpt masuk..as long as i know yg aku aku xpush or hurt org lain..berbekalkn tubuh bdn yang petite ni,senang je nk menyelit..kdg2 aku xgunekan tenaga pun..org belakang yg tolak aku masuk..

macam sardin dlm tin.that's the best way to describe the environment in the train. org mcm2 ragam..ade yg sembang mcm nak bgtau satu dunia topik dorg tu. ade yang tersengguk-sengguk tidur. ade yang leka ber'sms' sambil tersenyum sorang2..ade yang minum walaupun ade sign dilarang minum..ade jugak pasangan2 kekasih yang sempat memadu asmara pulak dlm sesak2 ni..indah kot maklumla dah berhimpit mcm ni..yang xtahan tu, perempuan bertudung pun terjebak jugak.sah2 la org islam tu. ape guna tudung di kepala..ape guna hijab seluruh tubuh..tapi hati tak dihijabkan..pandangan tak dihijabkan..deria2 lain tak dihijabkan sekali..alangkah malang..nauzubillahiminzalik..

jgn la pandang,sumayyah..
yela2..aku pndg tempat lain..

but then,the same scene..ah tunduk ajelah....dlm mase aku tgah tunduk tu, ternampak pulak ade al-Quran yang sedang dibuka disebelah kanan aku. tengok lengan dan baju, mcm perempuan..maka aku naikkn sikit pandangan..seorang gadis melayu sedang terkumat-kamit tanpa suara, membaca al-Quran di tgah2 kesesakan yang diisi maksiat ni..tersentuh..alhamdulillah ade jugak penegak agama Allah dlm ni..sebelah aku pulak tu..segan pulak..aku ni Quran pn xbawak..maka dlm hati, aku istighfar byk2 dan berzikir ape yg patut..

*bandaraya*

semua passengers yang nak ke bandaraya turun. muslimah tu pun turun sekali. sempat dia pandang aku dan sedekahkan senyuman yang sweet.

"assalamualaikum..saya Sumayyah.."aku menegur..
"waalaikumussalam..sedap name..saya Alia. nak g mane?" tanyanya.
"jalan TAR..ade hal sikit..awak?"
"saya baru balik dari kuliah ni..ayah ambik dkt sini.."
"oo..xpela mcm tu..sempat kat sini jela eh..insyaAllah ade jodoh, jumpe lagi..ma'assalamah..assalamualaikum.."
"insyaAllah..waalaikumussalam.." peluk dan cium saling berganti..

walaupun sekejap,at least ukhwah sempat dijalin..cukupla..kadang2 org yg kita kenal sekejap pun boleh mengubah hidup kita dan bg kesan yg mndalam.

kaki semakin rancak melangkah. mencari-cari figura wanita yang separuh umur, bertudung bawal, bertubuh sederhana tinggi dan kurus..manela agaknye port dia hari ni..harap2 tmpat yg sama mcm smlm..ha! tu pun dia...berbaju kurung merah manggis, bertudung hitam, berkulit cerah dan memakai sunglass hitam. wanita separuh abad yang dikenali sebagai makcik lina tu sedang duduk sambil tgnnya ligat memainkan biola..namun agak aneh bunyinya memandangkan kurang satu tali..aku menggeleng dari jauh..mcm manela nk gesek biola kalau talinye dh putus..

"Assalamualaikum, makcik...Sumayyah ni.." aku mencium tgn org tua itu. dia tersenyum meskipun matanya menjeling ke tempat lain..kalau la makcik lina ni boleh melihat, dah lame aku kecik hati sbb senyum xpandang aku.

"Waalaikumussalam..Sumayyah..sehat?" dia meraba-raba bahuku...dah seminggu aku kenal makcik lina..baik orgnye..ramah pulak tu..walaupun buta, tapi amat terer main violin dan keyboard. muzik tlah mnjadi mata pencariannye sejak setahun yang lalu..bila aku tanya background dia, cepat2 dia ubah topik. maka aku absolutely no idea where she came from or how's her life has been.

"sehat alhamdulillah..ni makcik, maiya ade bawakkan tali violin utk makcik ni. maiya xboleh lame hari ni..maiya kena cpt balik." semalam mase aku visit makcik lina, tengah syok2 dgr gesekan biolanya, tbe2 terputus pulak...dah usang tali tu...

"terima kasih byk2 la Sumayyah..susah2 je.."dia kelihatan gembira..aku pn gembira tgk dia gembira. sejak aku kenal dia seminggu yang lepas, hari2 aku visit dia kat sini..hal ni didorong jugak oleh semangat dia utk mendalami ilmu agama. semuanya bermula mase kali pertama aku jumpe dia kat tepi kedai kain ni. mase aku tgah sibuk2 cari kain tudung, aku tertarik dgr lagu moonlight sonata yg digesek dgn biolanya..lagu favorite aku..telinga aku tercari2 dr mane dtgnye bunyi tu n finally i came to this women, overwhelmed by her ability...her talent..she's blind..she's bout my father's age..but yet, she played moonlight sonata..sguh unik sbb most of blind people yang dah berusia main lagu2 melayu yg 60-an ke atas..after dia habis main, i approached her politely, introduced myself..did hug her n salam tangannye..mase tu al-Quran di tangan aku..dan dia tersentuh al-Quran tu...immediately dia tanye "yg anak pegang ni al-Quran ke?" n mestila aku ckp "iye"..tbe2 airmatanye bergenang dan menitis..tergamam gk aku...kenapa pulak makcik ni..then she said,dh lame dia x recite al-Quran..and she wants me to teach her...since then aku ajar dia ayat2 al-Quran dan terjemahannye sekali..di samping tu, dia gk akn btanye soalan2 yg berkaitan, maka aku jawab ape yg termampu..

"Sumayyah, kenapa senyap je ni?" tangan makcik lina menyapa pipiku..

"eh...xsusahla makcik..ni ha..maiya jumpe keyboard gak td..maiya pun nk bg la kat makcik..keyboard makcik dh hilang kn..." aku menyerahkan keyboard tu kepada makcik lina.

"ya Allah..xpayah la susah2...makcik boleh beli sendiri..makcik ade duit.."

"ambik jela makcik..rezeki jgn ditolak..tak baik..hehe.." aku xkira..aku dah beli,makcik lina kena ambik jugak..beberapa kali dia menolak akhirnye dia give up dgn aku..entah kenapa walaupun baru kenal, aku rase syg sgt dgn makcik Lina..dah rase mcm ibu kandung sendiri..maklumlah aku xde ibu sejak lahir..

"err..makcik lina..dah seminggu kita kenal...maiya teringin nak tau mane rumah makcik? boleh gk maiya tolong makcik angkut brg2 makcik lain kali..xdela makcik susah payah angkut sume ni sorg2.."

"eh xpe..ade org ambik makcik..xsusah pun..makcik xdela jalan kaki sampai ke rumah..." ade org ambik? suami ke? atau anak? kalau ade suami, kenapa perlu susah2 kerja mcm ni? kalau ade anak pun, kenapa nak susah2 mcm ni? sanggup biarkan org buta cari rezeki utk diorang?? astaghfirullah..ape aku ni..entah2 suami dia buta jugak ke..xpun pendapatn keluarga xcukup sbb makcik ade anak ramai..so satu keluarga kenala keluar cari rezeki..kenapa aku nk pikir yang tidak2 pulak ni..aku xhidup susah mcm dorg, manela aku tau n paham situasi dorg..

"Tumpang lalu." garau. macam suara lelaki. aku terus bagi laluan. memang lelaki pun..dia memintas membelakangi aku dan mendekati makcik lina.

"Assalamualaikum, mak...hari ni mak balik awal eh..kebetulan saya pun habis keje awal hari ni." Makcik Lina tersenyum..Lelaki tu sape? anaknye ke? lelaki yang berbaju biru muda itu kelihatan mengemas barang2 makcik Lina..makcik lina hanya menurut kemahuan laki tu.

"eh mane mak dapat keyboard ni,mak? bukan dh hilang ke?" soalnya..

"ni haa..Sumayyah yang bagi..kawan baru mak.." aku hanya tersenyum ke arah makcik lina walaupun aku tau dia xnmpk pun aku senyum..laki tu pun menoleh ke belakang, ke arah aku..err..seperti kenal..

"oh Sumayyah..terima kasih banyak2..saya Umar, anak makcik ni..err..saya rase malu la pulak..sepatutnye saya yg belikan utk mak saye..tp nak wat cmne..sibuk sgt.." aku xterkata ape.hanya tersenyum sambil mengangguk..dia ni biar betol..baru td menyumpah seranah aku..tbe2 baik giler plak..pelanduk dua serupa ke? ke dia dah xingt aku? maklumla tengahari tadi kan tgah xsiuman..ah lantakla..

"makcik balik dulu eh Sumayyah..terima kasih byk2..assalamualaikum.." salam saling berganti. Aku mebiarkan makcik lina pergi dgn Umar..and aku masih tertegak berdiri..keliru..terkejut..tergamam..tbe2 handset aku bernyanyi riang...

"assalamualaikum, maiya..babah ni..maiya kat mane? biar babah ambik je..kebetulan babah dpt escape awal hari ni..tgah on the way balik..rasenye maiya pn belum balik lg.." apehal sume doktor balik awal hari ni? dah xde pesakit ke?

*****

peristiwa siang tadi masih lagi berputar2 ligat dlm otak aku..heran..mcm mane makcik buta boleh jadi mak Umar yang x siuman tu? Umar tu doktor..siap ade driver..mesti dia org kaya..tp ade mak yang buta..yg mencari rezeki di jalanan dgn bermain muzik..dah kaya, kenapa pulak makcik Lina nak kerja susah2 di tgah2 kota tu..hish..sumayyah2..xpayah pikir la idup org...jgn masuk campur..susah2 sgt,esok tnye je ngn makcik Lina..

"Sumayyah!!" kedengaran suara babah memanggil aku dari bawah..apehal pulak babah terpekik-terlolong ni...ade ape?? cepat2 aku melangkah keluar..belum sempat aku turun tangga, babah dah muncul di kaki tangga..

"cepat2..besiap..kita pergi hospital sekarang?" HOSPITAL?? ade apehal?? baru ade patient ke?? xkn on call pun nk ajak aku??

"Zakwan..dia eksiden..auntie Ju baru call babah td. cepat bersiap." belum sempat aku bertanya, babah dah jawab..dan jawapan tu seperti membunuh aku. terasa amat lemah lutut. buat seketika, aku terkaku, terdiam, seolah2 masa telah terhenti.Zakwan.

"Maiya, u gotta be strong. dah xde mase nak terkejut mcm ni. go. bersiap cepat." tangan babah menggoncang bahu aku..dan baru aku tersedar..airmata yg mula bergenang cepat2 aku seka. kaki melangkah laju ke bilik..jubah warna biru muda cepat2 disarung..dah xde mase nk iron..tudung hitam disarung..xde mase gk nk matching2 ngn kaler baju. keluar je dari bilik,tangan babah menarik tanganku dan kami turun ke bawah bersama.keluar rumah bersama..babah bukakan pintu utk aku.memasukkan aku dlm kereta. babah pun masuk. dan pacuan 4 roda tu terus meluncur laju menuju hospital.

"Maiya..jgn membatu mcm ni..doa byk2.."babah mengingatkanku..astaghfirullah..aku terus berdoa byk2..hati cuba ditabahkan..

"Maiya! Ishaq!" auntie Ju terus meluru ke arah kami sebaik je kami sampai di depan operation theatre.
"mcm mane Zakwan, kak Ju?" babah bertanye penuh concern..auntie Ju teresak-esak menangis..Uncle Farid mendekati kami.

"still critical..doktor tgah cuba selamatkan." bagai dikoyak-koyak jantung aku..kritikal? ape maksudnye? bunyi mcm teruk giler..sejauh mane kritikalnye? ape yg dh jadi sebenarnye?

"what actually has happened, Abg Farid?" babah seolah-olah dpt baca ape yg berlegar-legar dlm fikiran aku..memang aku still in shock..mulut mcm terkunci..lidah mcm kena bius..

"dia on the way balik dari Kulim petang td..entah mcm mane kena langgar lori. polis still tgah siasat kes ni..he's badly injured..doktor ckp peluangnye very slim..kepala fractured to few pieces..internal organ pun bleeding n not intact. his limbs pun fractured jugak..entahla Shaq..aku xtau nk kata ape.."

langgar lori.
badly injured.
chances are very slim.
kepala fractured.
internal organs bleed badly.not intact.
limbs fractured.

langgar lori.
badly injured.
chances are very slim.
kepala fractured.
internal organs bleed badly.not intact.
limbs fractured.

langgar lori.
badly injured.
chances are very slim.
kepala fractured.
internal organs bleed badly.not intact.
limbs fractured.

lutut aku seperti terhentak sesuatu..org ramai kerumun aku. suara mereka kecoh2. gelap. i cant see anything.

i opened my eyes n i see white light..i opened wider n i see people around me..i turn left and right to know where am i..n i try to remember what happened..Zakwan..n i lift my body from the bed.

"maiya..berehat dulu.."

"abang zakwan? dia dlm OT lagi ke?" sume org mengangguk. aku cepat2 bangun. i cannot be weak..i have to face the reality. "maiya nak tunggu depan OT." i said firmly. firm enough until nobody cant stop me. i wait for few hours, doktor still belum keluar..i never stop praying.

lampu OT berhenti menyala. semua org bergegas ke muka pintu. seorang doktor keluar. doktor muda. mcm kenal. Umar?

"mcm mane anak kami, doktor?" serentak parents Zakwan bertanya.

"sgt kritikal..setakat ni, kami berjaya kekalkan denyutan jantung dan nadinye..its a miracle for a case like this.." serentak semua org mengucap alhamdulillah..

"..tapi..dia koma..dan kami x sure bila dia akan sedar..ingin diingatkan..sekalipun dia sedar, dia xkan seperti dulu..dia lumpuh seumur hidup..ingatannya mungkin hilang..buat mase ni dia akn dirawat disini sampai dia betul2 pulih..and one more thing, dia juga ade kemungkinan utk koma sepanjang hayat..disebabkn he's in a very cirtical condition, he might as well die in any time...serahkan semua ni kepada Allah..semoga awak semua tabah.Kita semua hanya boleh ikhtiar tp Allah jualah yang yg maha tahu ape yg terbaik buat kita semua" skrip common seorang doktor muslim. tp cukup men'tarbiyyah'kan. dengan segera doktor muda itu berlalu..Dr. Umar..seperti yg tertera atas name tag nye..

*****

Aku bangkit daripada tidur dan memegang birai katil..berat rasenye kepala ni..macam2 peristiwa yang berlaku hari ni..hati resah..mata tak boleh nak lelap..cukuplah tidur for 2 hours..aku memasang lamp table dan merenung jam digital di atas bedside table. 5.00 am..masih belum subuh..bagusla..sempat jugak nak qiyam..

"Ya Allah, aku memohon yang terbaik dari-Mu..aku memohon semoga tunangku sentiasa berada dalam lindungan rahmat-Mu..Sesungguhnya ape yang terjadi semuanya datang dari-Mu..Aku berserah segala-galanya pada-Mu, Ya Allah..Ampunkan dosaku dan bersihkanlah juga tunangku daripada segala dosa..sekiranya dia harus pergi, Kau permudahkanlah perjalanannya..sekiranya sebaliknya, Kau permudahkanlah juga..Aku redha, ya Allah..." Doaku diakhiri dgn lafaz 'amin ya rabbal 'alamin'..

Bukan sekejap aku kenal Zakwan..dialah my childhood friend..we knew each other when i was 9 yrs old. Anak kepada auntie Ju and uncle Farid, both r my dad's best friends.. kitorang duduk pun dlm satu residential area..berbeza lorong jalan je..mase kecik dulu aku xramai kawan. kawan sekolah boleh dibilang dgn jari. aku bukannye friendly. pendiam pulak tu. kawan2 aku pn biasenye yang duduk sebelah meja aku, yang satu team ngn aku dlm kuiz or games yg aku join..and Zakwan. the only guy friend yang aku ade memandangkan mase zmn sekolah aku xboleh nk berkawan ngn lelaki ats sebab pemalu yg amat.

Berkenalan dan menjadi rapat dgn Zakwan pun hanya satu kebetulan.

"Adik ok ke?" Seorang kanak2 lelaki yang bersaiz lebih besar drpd aku menegur aku..mungkin dia tua drpd aku sbb dia panggil aku adik. Aku hanya mengangguk walaupun tapak tangan and lutut aku terasa sangat pedih. Budak laki tu terseyum.

"Ayah adik cari adik tadi. Family abang dtg rumah adik td lepas tu ayah adik bgtau family abg yg adik hilang. Abang pun tlg carikan sekali.Meh kita balik. ayah adik mesti risau." Sekali lagi aku mengangguk. tah sape2 la dia ni. mcm baik je. maka aku betul2 ikut dia..seb baik dia memang baik..kalau x apela jadi kat aku skrg.

"Adui..sakit.."aku terjatuh lg sekali mase jalan tu..

"td kata ok.boleh jln x ni? cm teruk je..darah dh mengalir tu." Again, aku mengangguk xterkata ape..siape dia ni..aku tertanya2..sedar2 je aku dh kena dukung ngn cik abang tu..takut woooo...sape la mamat ni...Ya Allah selamatkanlah aku..

"Ha, tu Zakwan!" ade sepasang couple tgah jerit kat kitorg.
"Zack da jumpe dh budak ni. ade kat playground depan tu td..dia terjatuh ni..susah nk gerak..sebab tu la xbalik2 lagi.." wahai..mmg pandai abang tu explain..cm tau2 je..aku main basikal sorang2 tadi..terjatuh dlm longkang kat playground..longkang tu dalam. aku berjaya naik from longkang. tapi beskal aku babai la..xlarat aku nk angkat same. then aku nk jln balik tapi tbe2 terjatuh sebab lutut dah lemah,cant bear my body weight..

Abang tu turunkan aku dari dukungannya.

"Sumayyah!!Ya Allah..risau babah tau..gi mane td haa?" tinggi suara babah. mcm marah je.
"jgn risau uncle.skrg dia selamat. cuma luka sikit ni je..kan adik? adik kuatkan?" aku mengangguk lagi.
"comel la adik ni..dari td xcakap ape2..angguk je..naseb baek abg ni baik tau..kalau jumpe org jahat td, nauzubillah.." abang tu cubit2 pipi aku.segan aku dibuatnye..tah sape2 tah dia ni..after that, babah jemput dorang satu family masuk. luka aku dibersihkan. lepas tu babah suruh aku naik bilik,rehat..tp aku duduk tepi tangga..curi2 dengar ape yang babah sembang ngn family abang tu. abang zakwan. anak kawan baik babah yang baru balik from Scotland. baru sampai dua hari lepas. then satu family dtg rumah babah utk jumpe babah. dorang byk sembang psl scotland,psl kerja,study bla2..xmenarik..tp aku asyik pndg abang zakwan tu..curious ngn dia..dia form 1..dia tinggi..handsome..kulit sawo matang..baik pulak tu..(giler la mase kecik dah gatal)..mmg mase tu aku sgt amazed ngn abg zakwan tu..tp aku diam2 jela..aku ni sebagai org yg xde abang hanya anggap dia mcm abang aku..lagipun aku baru 9 tahun mase tu..aku pndg dia as org dewasa n aku ni kanak2..tak lebih dari tu..

hari berganti hari, tahun berganti tahun, sedar2 kitorang dah rapat..rapat gitu jela.family dia dtg umah aku. family aku dtg umah dia. mase tu jela we all jumpe..dia msuk MRSM mase form 4.mase aku form 1 lak, aku masuk SBP..jarang2 balik..maka pernah jumpe dia sekali je dlm setahun. tu pun mase raye. a year after that, dia dpt ofer after spm. wat engineering kat korea. namun sebelum dia fly, family dia dtg rumah aku dan menyatakan hajat nk meminang aku..bayangkan aku baru kanak-kanak riang mase tu..form 2 baru..memikirkan aku masih muda, babah reject dgn cara lembut. aku pn xtau la cmne babah reject..mase tu aku xtau pun aku dipinang..aku cuma tau cerita tu mase aku dipinang kali kedua when i was studying dentistry, 1st year..meaning, 6 yrs after the first one..n during that time, abg zakwan dah pun habis study n sdg kerja. babah terkejut yg abg zakwan still nak pinang aku after kena reject 6 yrs ago. dan biler babah cerita yang dia pnah pinang aku dlu, tanpa ragu2 aku accept pinangan tu. eventhough mase mula2 babah ckp psl abg zakwan, aku blank xtau sape abg zakwan. yela after dia fly, mmg lost contact trus..family dia pulak pindah johor atas urusan kerja. maka both of our family pun jarang2 jumpe..kalau ade jumpe pn, maybe out of my knowlegde..

now dah 4 tahun usia pertunangan we all. abg zakwan nak tunggu aku habis study. sekarang tgah summer holiday and i am waiting for my final year exam result..supposedly this january we are getting married..dan xsangka semakin kami hampir dgn tarikh keramat tu, musibah pulak melanda..Allah is all-knowing..aku hanya boleh terima..

"Excuse me..boleh cik keluar sekejap. saya nak check encik zakwan sekejap." aku terjaga drpd lamunan. yup my turn utk jaga abg zakwan now..auntie n uncle keluar makan, solat, mandi dan berehat. Aku bangun drpd tempat duduk dan beralih keluar. tak lame lepas tu doktor keluar. terus aku jumpe dia.

"mcm mane dia, doktor? responsive?"
"basically,dia ok.stabil.xde perubahan dprd semalam"
"what's ur predicition,doctor? ade tanda2 dia akn jaga dlm mase tdekat?"
"ermm...susah nk ckp. serah pada Allah je."
"can't u just tell the truth,doc..i can understand..what is happening? i can see something is wrong."
"nothing..yg awak nmpk tu xbetul la tu..saya dah check dia.xde ape2 pn..koma as usual..control ur emotion,please."
"I know him for years. I can feel that he is suffering. what hv u done?"
"Miss..kalau dia suffer pun,tu adelah sebab dia eksiden teruk. wajibla suffer. takkan awak expect dia nak senyum ha? nak tunjuk muka bahagia walaupun muka dah pecah seribu?"
"hey, mulut jaga..he is your patient!"
"he is! but not u! pls dont keep bothering me..i've done my part.i've tried my best. jgn naikkan kemarahan saya ats sebab emosi awk yg terganggu..be rational ok??kalau awk rase muke dia tgah suffer, why dont you fix his face.make him smile.make him look happy. you dentist kan? do your part la then." doktor tu terus blah dgn sombongnye..astaghfirullah..ape yg aku ckp td..rase cm btol2 stupid la..he's right, i was too emotional..tapi mane dia tau aku dentist? i mean, result lom kua n i'm not yet a dentist..but he knows i'm in that field. tp dia mmg rude tu..hmm..kalau dh Dr. Umar tu, Dr. Umar la jugak..kasar.scotch-brite punye scrub sponge pun x sekasar dia.

aku pegi kat abg zakwan balik..mane muka dia.aku pun dah xnampak..dah x ingt jugak..last sekali jumpe tahun lepas. itu pun dari jauh je..muka dia skrg hanya dibalut dgn kain putih..cuma nampak mata..nampak bibir..gigi banyak yang dah patah..setiap kali pandang, mesti rase nak nangis..tapi aku tahankan jugak..abg zakwan mesti xnk org nangis depan dia..



*****

"dah sebulan awak asyik datang sini. xbosan ke? bukannye dia boleh bercakap ngn awak. pandang pun belum tentu. senyum apetah lagi...seronok ke tengok dia? lagi best drpd tv?" ayat sarcastic tu memang mencucuk sanubari.

"stop it. jgn bising boleh x..saya punye pasal la..dis is my life..awak nak campur buat ape..lagi satu, mind your words..ini patient awak..walaupun dia terlantar mcm ni, xbermakna dia xboleh dgr ape yg awak ckp..xbermakna jugak dia xde perasaan..huh..mcm manela boleh jadi doktor kalau humanity rendah.."

"who said so. jadi doktor kena kejam..kalau hati lembut je,kerja xjalan.."
"but u treat human. they have feelings..lainla kalau sume patient cam awak."
"ok lah kalau cmtu..saye ni xboleh jadi doktor la kan. kejam wal zholim..then saye xpayah la buat ape2..saya xsentuh dia langsung..kalau ade ape2, xpayah operate..bia je..karang sakit pulak terkena tangan doktor yang kejam wal zholim."
"you said so. not me." malas aku nak layan doktor kejam wal zholim ni. sendiri bagi gelaran 'kejam wal zholim' plak tu. kelakar. aku tinggalkan wad n biarkan dia membuat routine checkup.. amik darah, check BP, check pupils. etc..

"so how?" aku bertanya after menunggu for a while.
"how? u mean? oo encik zakwan? i'm sorry..i dont know..i x buat ape2 pun td...takut tercederakan pulak buah hati pengarang jantung cik Sumayyah tu." cam biase, the doctor terus berlalu pergi..berani dia..baru nak panggil balik,dia dah menoleh..good..

"oh ye..my mom byk kali sebut2 psl 'dah lame sumayyah tu xdtg jumpe mak'...sebok jaga tunang la katakan..sampai org buta dilupakan." the doctor went away..and left me with questions and guilt..

makcik Lina..dah sebulan aku jaga abg Zakwan sampai terlupa tanggungjawab aku dkt dia. astaghfirullah..dan abg Zakwan? mcm mane dia hari ni? kejam wal zholim punye doktor. boleh dia pegi cmtu je..doktor ape cmtu?

*****

akhirnye airmata aku keluar jugak setelah lama aku tahan..pandai betol makcik lina korek rahsia aku..tangannya meraba-raba dan merangkul bahu aku..
"sabarla Sumayyah..ujian Allah penuh hikmahnye..biar makcik cerita sebuah cerita kat Sumayyah..semoga cerita ni sedikit sebanyak dpt tlg bagi kekuatan dan harapan utk Sumayyah." Aku mengelap airmata yang dah macam niagara falls jatuh kat pipi.

" ade sorang wanita ni..hidupnya mewah..ckp je nak beli ape, sumenye dapat..satu hari, dia terjumpe seorang jejaka..memang kacak orangnye..pandai bergaya, berharta pulak tu..lengkap la pakejnye pd wanita tu..mereka berkenalan..dua tahun bercinta bagai nak rak, akhirnye dah jodoh, mereka pun disatukan sebagai suami isteri..malangnya mereka bersatu atas alasan dipaksa org sekeliling..perempuan tu mengandungkan anak luar nikah..nak tutup malu punye pasal, kawen jela..ingatkan dah selesai..rupanya makin besar malu yang terpaksa ditanggung..si suami sendiri yang membuka pekung di dada..menuduh perempuan tu yang menggodanya..lalu menceraikannya dengan talak 3..hati perempuan mane yang tak luluh, diceraikan 2 hari lepas perkahwinannya..terkontang-kanting la dia sorang2 mengandung, melahirkan dan membesarkan anak..baru tersedar drpd dosa2 yang lalu...mujurla family masih bg sokongan..hal duit mmg xde masalah. tp soal maruah, mmg tercalar..satu hari, dua tahun selepas menjanda, ade lelaki meminang perempuan tu. seorang duda beranak 1. beriman orangnye..pertama kali jumpe, perempuan tu terus terpaut..harapannye, adela org yang dpt membimbingnya ke jalan yang benar..perempuan tu bersyukur sgt dikurniakan suami yang soleh. makan minum terjaga..anak tiri pun ditatang bagai minyak yg penuh.. tapi bahagianye sekejap je..3 tahun lepas tu rumah mereka terbakar..suaminye mati mase nak selamatkan anaknye yang juge anak tiri suaminye..dlm sekelip mata, semuanya hilang drpd perempuan tu..termasuk la penglihatannya.." makcik Lina terhenti dprd bercerita..airmata kelihatan berlinangan dr kolam matanya..kedutan di dahinya memancarkan derita yang terpendam..aku pun pegangla tangan makcik Lina.

"ye nak..makcik la perempuan tu." seolah-olah tahu ape yang aku fikirkan. makcik Lina terus menjawab. Aku memeluk makcik Lina..

"hikmahnye yang makcik dapat ialah, sentiasa bersabar dan redha. jalan menuju bahagia yang abadi xpernah senang.. hanya dengan membutakan mata makcik, makcik akan menjadi rendah diri dgn ape yang makcik ade..kalau makcik hanyut dlm kebahagiaan selepas derita yang panjang, mungkin makcik akn lupa diri..mungkin makcik akn jadi angkuh dan leka dgn dunia..lepas bercerai kali pertama niat makcik cuma mahukan kebahagiaan yang hakiki..dan makcik sedar kebahagiaan yang hakiki tiada di dunia tapi hanya di akhirat..dan inilah yang Allah cuba beritahu makcik..melalui ujian inilah..makcik redha,Sumayyah..makcik redha..makcik juga anggap ini sebagai penebus dosa makcik yang lalu." Makcik lina menghabiskan ceritanya. Terbit juge airmata aku..sekali lagi..

"Ok lah tu..cukup setakat ni..hehe..cepat.makcik dah lame tak belajar Quran drpd kamu.rindu betol rasenye..umur2 senja macam ni, barula makcik terkial-kial nak cari ilmu agama..maafkan makcik kalau daya serapan makcik lembap sangat."

"Ya Allah...ape pulak cakap mcm tu makcik..tak kesahla..memang kita dituntut untuk menimba ilmu pengetahuan sampai ke liang lahad..jom kita mula..bismillahirrahmanirrahiim.." aku terus mengajar dan makcik Lina bagaikan kanak-kanak kecil yang disuap dgn pelajaran baru...orang ramai yang lalu lalang tak diendahkan..kami bagaikan berada di dunia sendiri.

*****

Subhanallah...
"ni rumah makcik ke? besarnya...cantiknya..."
"ni rumah anak makcik...makcik menumpang aje..rumah besar dan cantik pun nak buat ape..bukan makcik boleh nampak pun.."Makcik Lina mengeluarkan barang2nya drpd taxi..hari ni anaknye tak dtg amik pulak. maka aku teman makcik Lina balik rumah.
"ish ade pulak mcm tu..heran pulak saya..rumah dah besar2 cantik2 mcm ni..nak kerja lagi buat ape.." Aku terus terpegun melihat rumah Makcik Lina..tiba2 telefon berbunyi ring3..kuangkat kudengar suara..Babah.

"Assalamualaikum. Maiya kat mane ni? cepat datang hospital. Abg Zakwan dah sedar." hah??? betul ke ape yg aku dgr ni..after sebulan lebih, akhirnye Abg Zakwan sedar jugak..mcm xpercaya...subhanallah..mcm mimpi pulak.

*****

"Kenapa nak putuskan? Ape salah saya?" aku cuba bersuara tabah eventhough hati rase mcm remuk rendam berdarah..

"nanti susah orang lain nak masuk meminang awak." tersekat-sekat Abg Zakwan meluahkan kata-katanya..sian pulak..kalau ikutkan hati, xnakla bagi dia penat bercakap..maklumla baru 3 hari tersedar..tapi curiosity aku melebihi simpati. dan baru hari ni dia boleh bercakap. masa mula2 tersedar tu dia mcm lost.mcm xkenal siape2..alhamdulillah semalam dia dah mula kenal orang. dan hari boleh bercakap pulak..kalau ikut logik, memang susah nak percaya tapi ni la kuasa Allah.

"ape yang abang karutkan ni? tak mau. janji dah terikat." pandanganku segera ditala ke luar..langit mendung. same mendung macam perasaan aku..awan mula menghitam..xlame lagi mesti hujan plus ribut petir. mcm hati aku jugak. kalau aku tahan2, mula la emosional terlebih sudah.

"Sumayyah..tolongla.." belum sempat abang Zakwan menghabiskan ayatnye, aku da keluar drpd bilik tu. Auntie Ju sedang menunggu di luar.Aku terus memeluk auntie Ju.

"Auntie dah tau ape yang Zakwan nak bgtau Sumayyah...dia dh bgtau auntie td.."terasa tangan auntie mengusap perlahan belakang aku. Aku terus menangis dlm pelukan auntie Ju..tak terkata ape..

"Zakwan ade alasan tersendiri kenapa dia buat mcm tu.." Auntie Ju menyambung.

"Auntie,kalau itu kemahuan dia, saya turutkan..saya pun tak nak la kejar org yang dah tak mahukan saya..saya tak nak tahu alasan dia." Jam tu jugak aku terus meloloskan diri drpd pelukan auntie Ju dan terus pergi dari situ.

hati..janganla bersedih lagi..mungkin dah takde jodoh..
hati..redha la dgn ketentuan ini...Allah maha tahu ape yang terbaik buatmu..
hati..bercantumlah kembali..
hati..kumpulkanlah kekuatanmu kembali..
hati..syaitan sentiasa menggodamu yang dlm kesedihan..
hati..kumpulkanlah kekuatanmu kembali..
hati..syaitan sentiasa menakluk hati yang lemah...
hati..kuatlah!
hati..kuatlah!
hati..kuatlah!
kuatlah sebagai mana kuatnya hati seorang Sumayyah.
Aku tenggelam dlm sujud yang panjang.....

*****

Dah 2 hari aku xmelawat abang Zakwan di wad dia...nak buat ape..aku xrase ade keperluan utk visit dia..lagipun aku perlukan mase untuk mengubat hati sendiri..aku xbenci dia..sikit pun tak..mcm yang Auntie Ju ckp, aku percaya dia ade his own reason behind all this.

"Sumayyah..menung ape tu? dari td makcik panggil buat tak dengar je." terasa ade orang memegang bahu aku..Ya Allah..terlupa pulak aku tengah mengajar Makcik Lina..astaghfirullah..boleh pulak mengelamun jauh aku ni..

"takde ape2 la makcik..hehe..." sesi pengajaran kini bersambung semula. Cuma kali ni bukan di tepi jalan. tapi di hospital. Makcik Lina terjatuh bilik air malam tadi dan terus dikejarkan ke hospital..maka pagi ni aku temankan dia. ingatkan nak menziarah je. rupanya makcik Lina nak jugak aku mengajar dia..

"eh dekat sini pulak dia..dah habis tanggungjawab ke dkt wad atas tu." mcm familiar suara tu. aku menoleh sekilas..ish doktor ni kenapa mesti ade? malas nak layan. pandangan aku dikembalikan kepada makcik Lina.

"dah jadi pekerja tetap pulak kat sini." doktor kejam wal zholim tu masih berminat utk bermain kata, memerli aku...diam adalah pilihan aku. i choose not to speak even a word to him. i choose to ignore him.

"diam tandanya setuju." erghh..kenapa la dia ni..buat keje diam2 xboleh ke..

"Makcik, kat mane kita td?" Aku cuba memancing perhatian makcik Lina.

"kat general ward la..takkan kat wad atas kot.." diam la kau..

"boleh tlg diam tak..saye tgah menziarah orang ni..tuan doktor buat keje senyap2 boleh tak." akhirnye aku bersuara bertujuan utk menghentikan segala karut-marut ni.

"awakla diam. saya pun tgah nak menziarah ni.siapa kata saya nak buat keje. can't u see i'm not even in my white coat.." aku membantu..menahan malu..ya Allah macam mane la aku boleh lupa yang mamat ni anak makcik Lina..aku pulak yang over..malu2...

"excuse me." masih terdengar suara yang membencikan itu. aku pun lekas2 mencium tangan makcik Lina dan beredar..tanpa menoleh sikit pun kat doktor kejam wal zholim itu. dari jauh aku terdengar suara makcik Lina.."kenapa buli budak Sumayyah tu.." BULI? ok now, aku telah dibuli. memang doktor kejam wal zholim betul. astaghfirullah apela aku ni...

Kaki terus melangkah..tapi xtau mane destinasinye..mana persinggahannye pun xtau lagi...makin lame makin penat pulak kaki ni melangkah..tiba2 terdengar laungan azan..alhamdulillah...ade gak panggilan yang menyedarkan aku..panggilan untuk menghadap illahi..melepaskan segala keresahan di hati..melenakan gundah yang berpintal-pintal dalam hati..ya Allah, tuntunlah hatiku..

pintu surau hospital kuala lumpur dikuak..agak ramai jemaah muslimah di dalamnya..bagusla..masih ade manusia yang menunaikan solat pada waktunya..orang yang meringan-ringankan solat serta melambat-lambatkan waktu solat, kelak seksa kubur pasti menanti. akan ade api menyala dlm kubur...nauzubillah..tak mau la..memikirkan azab kubur, hati ni rase sgt gerun..belum lagi azab neraka..kiblat hidup segera aku luruskan..menuju Allah..xde jalan lain..itulah jalan yang lurus...semoga istiqamah..niat dipasang dlm hati,solat semata-mata kerana Allah..semoga dpt mencapai tahap ibadah Rabiatul 'Adawiyah yang beribadat semata-mata kerana cintakan Allah..Allahuakbar...

Selesai solat, aku duduk berteleku dalam surau...mencari ketenangan..mendoakan untuk kesejahteraan diri sendiri, babah, arwah ummi, dan muslimin wal muslimat secara amnya...tak lupa, didoakan supaya abg Zakwan kembali sihat..

tak dinafikan, aku punya perasaan kat abg zakwan.mana taknye, dia satu2nye lelaki yang aku kenal selain babah dan sedare mare yang lain..berpisah dgnnye memangla terasa berat..namun aku belajar utk redha..tapi tetap hairan kenapa keputusan tu dibuat camtu je? so easy..xpayah bincang2..keputusan sebelah pihak je..babah kata mungkin abg Zakwan rase dirinya xmampu nak jaga aku dgn keadaan dia yang mcm tu..

"Maiya tak kesah, babah..kalau dia suami Maiya, Maiya turutkan je...maiya sanggup xkerja..maiya jaga dia je."

"itula maiya tak fikir panjang..itu yang dia tak nak..dia tak nak maiya jadi isteri dia lepas tu nanti dia akn susahkan maiya..buat keputusan ni kena pakai otak jugak,syg..jgn gune hati je..kena fikir dalam2..fikir masak2..fikir mase depan.." nasihat babah sampai sekarang terngiang-ngiang..pada mulanya memang aku xbole terima..aku rase cm kejam je bunyinye..cm materialistik je..pada aku, kan bagus kalau berkorban utk suami. tapi biler aku fikir2 balik, babah betul...lelaki ade egonye..and kalau aku xkeje, kami nak mkn ape? dgn ego yang abg Zakwan ade, boleh ke aku terus hidup dgn dia? wallahu'alam...dah la Sumayyah,yang lepas tu biarkan berlalu..xde guna dikenang2...abg Zakwan dh buat keputusan..dan itu telah termaktub di lauh mahfuz..qalam telah diangkat dan dakwat telah kering..

Setelah hati aku rase betul2 lega, maka aku pun melangkah keluar daripada surau..dan terserempak pulak dengan doktor kejam wal zholim yg baru keluar surau jugak. Aku buat tak nampak je dan meneruskan langkah kaki selaju yang mungkin.

"Lajunye jalan..xpadan dgn kaki pendek."

"alhamdulillah..at least ade kaki.." pendek aku jawab.

"alhamdulillah..reti bersyukur rupanya.." pandai pulak dia menjawab.

"alhamdulillah...doktor yang kejam wal zholim pun bersolat juga kan.." sasaran mengena.

"astaghfirullah..tak padan dengan gaya uztazah..tapi bersangka buruk pulak.."

"astaghfirullah.."hanya mampu terucap dlm hati..astaghfirullah..kenapa dgn Sumayyah ni..baru lepas solat dah cari dosa..aku mmg perlu mengelak drpd doktor ni sebelum dosa aku menimbun-nimbun..dulu aku marah dgn perempuan bertudung labuh yang tak mencerminkan peribadi muslimah..malu dengan mereka..tapi hari ni aku trase mcm aku tergolong same dlm kelompok diorang..aku telah mencemarkan imej muslimah..Ya Allah ampunkan aku..Ya Allah selamatkanlah aku drpd lelaki ni..

hah!toilet perempuan! alhamdulillah ade toilet dpn mata..walaupun toilet tu tempat yang hina, tp dlm keadaan genting camni, toiletlah jadi tempat aku berlindung drpd doktor kejam wal zholim ni..fuh lega..kalau berani,ikutla aku sampai dlm toilet ni.hahahahaha..geli hati pulak aku..

ah sudah ape aku nk buat dlm toilet ni..takkan nk dok menung je..tak nakla aku msuk dlm toilet yg busuk sambil termenung je..ah buat2 lah mcm tgah betulkan tudung ke basuh tangan ke..

after beberapa ketika dlm toilet,aku rase cam dah cukup selamat utk keluar..maka aku pun keluar..serentak tu gak si doktor tu keluar drpd toilet lelaki..mcm tau2 je..wahai..apekah...selamatkanlah aku..selamatkanlah aku ya Allah..psiko ke ape dia ni..

"nak lari lagi ke..xpayahla..tu si buah hati tgah nazak...nak jumpe you.." jantung bagai di tarik-tarik..darah terus naik ke muka..

"kenapa tak cakap dari tadi?"

"dah tu awak tu yang asyik lari tak tentu pasal..perasan..sape nak kejar dia."

"td dh jumpe, x boleh ckp straight forward ke????!! kenapa nak bercakap yg mengarut-ngarut dulu??"

"ingat nak cakap tp awak yang balas mengarut-ngarut jugak..saya ikut rentak permainan awak."

"awak ni betul2 xde profesionalism ke?"
"yg awak ckp byk ni kenapa? org tu dah nazak.lagi nk salahkan saya.pergila jumpe dia sebelum terlambat.sempat pulak nk bg ceramah profesionalism."
"awak ni memang doktor kejam wal zholim tau x??!!" kaki terus berlari menuju ke wad abg Zakwan. marah kat doktor tu mmg xdapat tertahan-tahan lagi..biarla dia rase kena marah. boleh pulak dia main2 dlm hal ni? doktor jenis ape mcm tu? mmg xlayak jadi doktor. merosakkan mood org x abis2..

*****

Air mawar disiram di atas pusara arwah ibu. Pelbagai jenis bunga ditabur di atasnya. Tanah kubur itu aku ramas-ramas. Batu nisan ibu kupegang.

"Ibu, esok Maiya akan jadi isteri orang. Maiya sendiri terkejut dengan perkahwinan ni. Maiya tak tau la nak buat macam mane, bu...Sume babah dah plan. Maiya sepatutnya kawen dgn abang Zakwan esok. Tapi abg Zakwan dah takde. Memandangkan kad jemputan dah bagi kat sume orang, babah tak nak tanggung malu. Babah kata babah dah jumpe orang yang sesuai untuk Maiya. Maiya tak taula mcam mana babah boleh buat semuanya dalam mase yang singkat ni. Baru sebulan abang Zakwan pergi. hmm..takpela bu..Maiya boleh terima semua ni walaupun pada awalnya memang agak berat. Maiya nak mintak restu ibu. Semoga Maiya dapat jadi isteri solehah macam ibu." Aku menadah tangan. Kusedekahkan ibu dengan bacaan al-Fatihah berserta doa untuk ibu tercinta. Semoga rohnya tenang dan dilindungi daripada seksa kubur.amiin...

*****

Segala persiapan untuk perkahwinan aku dah diselesaikan. Tinggal menunggu pengantin lelaki tiba dan majlis akad nikah je. Aku merenung wajah sendiri dekat cermin. Bahagia ke aku? Entahla. Aku ikut je plan babah. Nak bantah, aku tak reti. Lagipun aku percaya ini takdir Allah. Dia maha mengetahui yang terbaik untuk kau. Cinta? Hmm.. aku bukanla pakar dalam hal tu. Aku percaya cinta itu milik Allah. Perasaan yang dikatakan mampu melenakan manusia itu adalah kurniaan Allah. Aku percaya kalau aku redha dengan perkahwinan ni, Allah akan tolong aku. Dia sendiri yang akan menimbulkan perasaan cinta tu sebaik je aku dah jadi isteri orang.

"Maiya redha dengan keputusan babah ni?"
"Maiya ikut je bah.."

"Babah tau payah Maiya nak terima. Tapi percayalah babah terpaksa. Babah rase ni yang terbaik buat Maiya."

"Kalau Maiya menolak pun, babah akan pujuk Maiya sampai Maiya setuju kan.."Aku memandang wajah babah.

"Maiya.."

"Takpela babah. Kalau Maiya bantah sekarang, dah terlambat pun. Pengantin lelaki dah sampai."

"Hah? Astaghfirullah..Maafkan babah ye, Maiya..ok, babah kena ke depan jemput pengantin laki." Babah mengahadiahkan sebuah ciuman di dahiku..hmm..siapa la bakal suami aku tu. Kata babah namanya Saifullah. Babah kata dia kerja sebagai doktor. Anak murid babah agaknya. Susahnya kawen ngn org tak kenal ni. Rupa dia pun aku tak boleh bayangkan. Nak tanya atau mintak gambar drpd babah, terasa segan pulak. nanti babah ingat aku menggatal. adussshhh...panik pulak tiba2..astaghfirullah2..

"Assalamualaikum.." Ade suara seorang wanita di belakangku. Macam familiar. Aku segera menoleh.

"Waalaikumussalam..Mak Cik Lina????" Sungguh terkejut aku. Makcik Lina dipimpin oleh babah ke arahku. Aku tergamam. Makcik Lina terus memelukku.

"Sumayyah.."Ada esakan dihujung suaranya. Aku memandang babah. macam mane Makcik Lina boleh dtg sini? Rasenye aku tak bagitau dia pun yang aku nak kawen. Bukan tak nak bagitau. Cuma tak berkesempatan. Lepas abg Zakwan meninggal ade sekali je aku jumpe dia. Lepas tu aku terus dikejutkan dengan berita babah. Lepas tu aku terus bz sampai tak ingat makcik Lina. Dan hari ni? Makcik Lina? macam mane babah tau hubungan aku dengan makcik Lina? Seingat aku, aku xpernah bagitau babah pasal makcik Lina.

"makcik Zalina ni la ibu susuan Maiya." HAH??? ape sume ni? ibu susuan? apekah?? ye, babah pernah cerita dulu yang sebelum ibu meninggal, ibu berpesan supaya babah serahkan aku kepada wanita yang baik untuk menyusukan aku. Tapi aku xsempat jumpa ibu susuan aku memandangkan babah kata dia dah hilang tanpa khabar berita.

"tapi...mcm mane makcik boleh sampai sini??" Aku masih puzzled.

"Dia datang dgn pengantin tadi. Dia la bakal ibu mertua Maiya." Tenang je suara babah. tapi hati aku dah macam dilanda tsunami. Yela, kalau makcik Lina bakal ibu mertua aku, bakal suami aku Umar ke??? tak mungkin..aku ingt lagi babah cakap nama dia Saifullah. Makcik Lina ade anak lain?

"Maiya, cepat keluar. Pengantin lelaki dah lama tunggu. Akad nak mula dah." Auntie Ju bersuara dari luar. Aku tersentak. Nak mula dah? nanti2!!! hati aku macam mane?? aku tengah terkejut ni !! hello ade sape2 dengar suara hati aku??!! Ape sume ni??

"Maiya, kita keluar dulu jom." Babah memimpinku dan menyerahkan kepada auntie Ju. Babah terus ke tempat akad nikah. beliau yang akan menjadi wali seterusnya menikahkan kami. Aku melangkah keluar dengan hati yang penuh berdebar-debar..aku dibawa ke tempat dudukku. Aku hanya menunduk untuk mengawal segala gundah di hati. ibu mertua aku ialah ibu susuan aku?? mane mungkin?? bukan salah disisi agama ke? dan anaknya? Umar? Saifullah? Ya Allah, pimpinlah hatiku.Tenangkanlah..Tunjuki aku..Setelah duduk, aku mengangkat muka untuk melihat siapa sebenarnya bakal suami aku.

"Umar??" Terkeluar nama itu daripada bibir aku. Terbeliak biji mata aku. betul ke ape yang aku nampak? Tiba-tiba matanya bertembung dengan mata aku dan dia senyum kat aku. oh no! senyum apekah itu? Ya Allah aku mimpi ke ni?

"iye nak..Umar Saifullah.." tiba-tiba makcik Lina yang duduk kat sebelah aku menjawab. Dia tersenyum dengan wajah yang tenang. tapi aku makin tak tenang dibuatnya. dah la bakal suami aku doktor kejam wal zholim itu. mak mertua pulak ibu susuan sendiri? ape sume ni? betol2 mcm mimpi. mimpi yang datang drpd setan. mengarut habis. takkan babah tak tahu hukum agama yang melarang perkahwinan dua orang yang same ibu susuannya? mereka yang berkongsi ibu susuan bukan ke dikira adik beradik?

Aku nampak babah mula memegang tangan Umar.

"Babah, nanti!" Spontan perkataan itu keluar dari mulutku..Ya Allah aku ni dah kenapa..memalukan babah pulak..tapi sume ni kena dihentikan. mana boleh adik beradik kawen? Babah menghampiri aku yang muka dah macam ayam berak kapur campur batu. Babah bawak aku ke bilik pengantin. Sume tetamu pandang kami dengan penuh kehairanan.

"kenapa babah ni? ape sume ni? Maiya tak di bagi penjelasan ape2 pun. Kalau makcik Lina ibu susuan Maiya, maknanya Maiya dan bakal suami Maiya adik beradik la. Mane boleh kawen." Sedaya-upaya aku cuba merendahkan suara aku. Walaupun hakikatnya aku rase cam ade lava yang nak termuntah keluar.

"Babah tau. Babah mintak maaf tak sempat nak explain kat Maiya tadi. My bad. Babah sendiri terkejut nampak Zalina dtg td. Babah tanya dia siapa. Dia kata mak Saifullah. Babah memang terkejut mase tu. sebab setau babah, Saifullah tu anak yatim piatu. takde emak,takde bapak. Dan babah ingat wedding ni kena cancel sebab dah jelas agama menyatakan haram adik beradik susuan berkahwin. Tapi Zalina terus jawab soalan yang berlegar dlm kepala babah mase tu. Dia hanya ibu tiri Saifullah. Dan katanya dia kenal Maiya. Babah nak bgtau Maiya td, tp babah jadi panik biler auntie Ju suruh keluar. Maklumlah 1st time babah kena jadi wali." Penjelasan pjg lebar drpd babah mmg jelas. Kini aku faham semua. Baru aku teringat makcik lina ade anak tiri..Abah memelukku dan menyuruhku bertenang. Aku berselawat dan beristighfar. Tangan babah aku capai dan aku kucup memohon restu dan ampun. Babah kembali memimpin aku ke ruang tamu, tempat di mana aku akan dinikahkan..dengan seorang doktor kejam wal-zholim..Aku pandang tempat akad nikah.Umar memandang kami dengan wajah yang sukar ditafsirkan..ape pandang2 hah? disisi Umar aku nampak Pak Lang, orang yang pernah bermurah hati menumpangkan aku. Tak sangka kami bertemu lagi dalam majlis ni.

"Bismillahirrahmanirrahim..Umar Saifullah bin Abdul Hakim, aku nikahkan dikau dengan anakku, Sumayyah binti Ishaq dengan mas kahwinnya sebanyak seratus ringgit tunai." Lancar babah melafazkan linenya. Line tu jugakla yang akan melepaskan tanggungjawabnya terhadapku seterusnya menyerahkan tanggungjawab itu kepada bakal suami aku..Ya Allah...kenapa la si Umar tu? Aku ingat nak seronok dah tadi kalau kami betul2 adik beradik susuan. namun nampaknya Allah telah menyusun takdir kami dengan cantiknya. Menghubungkan kembali sillaturrahim dengan ibu susuanku sambil menemukan jodohku. Subhanallah..Maha suci Allah..

"Aku terima nikahnya Sumayyah binti Ishaq dengan mas kahwinnya sebanyak seratus ringgit tunai.." Lancar. Dengan sekali lafaz sahaja, aku kini bergelar isteri kepada doktor kejam wal-zholim tu. Astaghfirullah...dia skrg dah jadi suami aku..mane boleh aku panggil dia macam tu.

Seterusnya, babak yang menggerunkan menghampiri aku..Umar melangkah menuju aku. Dia duduk di depan aku. Auntie Ju menyerahkan sebentuk cincin kepadanya. Dia memandang tepat ke bola mata aku. Dia tersenyum. OK, apekah maknanya tu. Seterusnya dia menyentuh tangan kiriku dengan tangan kanannya dan menariknya lembut. Terasa bergetar jantung aku. Disarungkannya cincin emas putih itu ke jari manisku. Serentak itu, hati aku terasa satu perasaan yang amat aneh. Kemudian dia mendekati aku dan mengusap kepala aku lalu mengucup dahi aku..Ya Allah, perasaan apekah ini..

"Terkejut ye.." Bisiknya lembut sambil melemparkan senyuman. senyuman yang mahal tu. tak pernah aku tengok dia senyum macam tu. Dan perasaan aku? still unexplainable. Kini turn aku pulak menyarungkan cincin ke jari manisnya. Sumpah aku nervous. terketar-ketar aku mengambil cincin yang dua kali ganda saiznya daripada saiz aku kot. Then terketar-ketar jugak aku pegang tangan dia sambil menyarungkan cincin ke jarinya. Ape aku nak buat pasni? alamak lupe skrip ni.. Aku terus ke posisi asal.

"Eh, salam la suami tu..awak dah jd isteri orang tau.."Makcik Jue bersuara..

"hee...lupe pulak.."aku wat muke comel. Sume org gelak..Aku nampak Umar tergelak. tapi dia diam je. Alamak biar betul aku kena menghambakan diri kat dia ni. Tangannya aku capai dan aku cium. Ya Allah, permudahkanlah alam rumah tangga aku. Aku tau, lepas ni hidup aku dah xsenang macam dulu. Dengan si dia ni, aku tau aku kena banyak bersabar.

*****

Aduh..sakit otot2 badan aku..penat jugak kawen ni..kena melayan tetamu yang masyaAllah amat ramai tak terkata.Pintu bilik aku kuak...eh bilik ape ni?? lawa semacam je..ya Allah bilik aku la..bilik pengantin! dah penat2 gini,lupe pulak bilik aku memang dah berubah wajah. Tiba-tiba Umar menyusul di belakang aku dan memintas aku. Aku terhenti.

"kenapa awak masuk bilik saya?" terpacul soalan itu daripada bibir aku.

"eh? dah nyanyuk ke isteri abang ni?" isteri abang? Astaghfirullah..kami dah suami isteri kot..wajibla tidur sebilik. tapi...dengan dia...?? kenapa mesti dia??

"meh sini dok sini meh. nak lari ke mana." Umar memanggilku lembut. Aku tergamam. Umar ke ni? dengan langkah yang berat, aku duduk sebelah Umar..kekoknye..nak ckp ape..

"tak payah cakap ape2..biar saya je yang bercakap." Umar memandang tepat ke mata aku. baru jadi suami aku,dah pandai baca fikiran aku. not bad. but..please stop..please stop looking at me like that..apesal pandang lame2 camtu??

"baru pandang sikit, dah blushing? haha.." ish betul2 la dia ni..nak buli aku ke ape? ape yang aku kena buat ni??!! tolong!

"u are such a cute innocent girl.." ah sudah..kenapa dia keluar ayat camni?? ni bukan Umar yang aku kenal..tiba2 terasa tangan aku dipegang. Ya Allah selamatkan aku!

"Hari ni abang dah jadi suami Sumayyah yang sah." Umar menggenggam tangan aku.

"i know..." aku menjawab sambil memandang tempat lain. seram ok,pandang muka dia.

"ishh..!! bagi la abang habis bercakap dulu. suke sangat nak memotong. kacau betol.." ok,dis is Umar yang aku kenal..apehal pulak nak marah2 aku di malam pertama ni. mana aku tau dia ade benda nak cakap lagi.

"Sumayyah, listen. i know, awak susah nak terima semua ni.. abang pun same cm awak. tp abang amik ni sebagai tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada abang. yang mungkin juga terkandung seribu hikmah drpd Allah. Abang pun tak nak melalui alam rumahtangga dengan perasaan terpaksa sebab nanti hanya akan sakitkan hati masing2.. u know how i am right. n i know who you are. we are strangers to each other yang dipertemukan oleh Allah dalam situasi yang tak dijangka." Umar memberhentikan kata-katanya..dah habis ke belum? aku dah boleh menyampuk ke tak?

"Sumayyah.." Umar melepaskan genggaman tangannya. dan dia memegang bahu aku pulak..

"kita sendiri tahu perasaan masing2 sekarang. abang terkejut, sumayyah pun terkejut. dan kita memang xde feeling terhadap satu sama lain pun. sumayyah masih lagi terkesan dgn pemergian Zakwan kan." aku mengangguk perlahan.

"there's no way we can do it tonight. i mean, ibadah suami isteri yang satu tu. daripada apa yang abang belajar, ibadah tersebut memerlukan persetujuan dan kerelaan kedua-dua belah pihak. dan abang xnak memaksa. sebab abang tahu ape dalam hati sumayyah. abang tahu siapa dalam hati sumayyah. abang tak nak disebabkan abang mementingkan diri dan nafsu sendiri, sumayyah rase terseksa dan rase berdosa."

"what are u talking about..?" hati tiba2 terasa sebak..Umar ke ni??

"abang akan tunggu bila sumayyah betul2 bersedia daripada sudut hati untuk jadi isteri abang. selagi sumayyah belum bersedia dan belum redha sepenuhnya, abang takkan sentuh sumayyah selayaknya." Umar menghabiskan kata-katanya dengan mata yang berkaca-kaca. Aku memeluk Umar. tindakan refleks. tak sangka lelaki kat depan aku ni, yang aku sangka doktor kejam wal zholim ni, punya hati yang sgt suci,tulus dan ikhlas. air mata xdapat ditahan lagi, mengalir mencurah-curah..

"terima kasih sebab faham keadaan Sumayyah."

*****

Setelah dua hari kami bernikah, Umar bawak aku balik ke rumahnya bersama makcik Lina yang sekarang aku panggil mak. Sebelum bertolak, babah menangis nak lepaskan aku. aku lagila sedih. sepanjang hidup aku, aku hanya tinggal dengan babah. sepanjang masa aku di bawah ketiak babah. Namun, inilah realiti kehidupan. hakikat adanya perpisahan selepas pertemuan walaupun dengan ibu bapa sendiri. realiti yang berpaksi atas hukum Allah yang menyatakan tiada apa yang akan kekal selain zat-Nya. Dan masa akan tetap berjalan. Manusia harus redha dengan perubahan dan penghijrahan kehidupan yang mesti dilaluinya seiring dengan kematangan usia. InsyaAllah, kalau diizinkan suami, Maiya akan selalu jenguk babah.

Sepanjang dalam perjalanan, pak lang dan mak sungguh asyik berceloteh. Umar pulak senyap je..Setelah setengah jam perjalanan, kami memasuki kawasan perumahan elit..kawasan yang pernah aku lalu mase hantar mak dulu. akhirnya kami sampai ke rumah Umar. Kalau first time dulu aku kagum terlebih, kali ni reaksi aku biasa je..tapi melangkah je ke dalam rumah Umar, hati aku bertasbih banyak2..ya Allah kalau macam inilah indahnya mahligai kat dunia, dekat akhirat nanti macam mana agaknya.

Umar masih di luar, memunggah barang2 aku dengan pak lang. aku nak tolong tapi pak lang menghalang pulak tadi. Mak membawa aku melihat-lihat isi rumah Umar. Dia membawa aku ke bilik Umar. aku memerhatikan bilik Umar. bilik yang di cat warna biru itu kelihatan ringkas dan kemas. ala, ni mesti orang gaji yang kemas.

"bilik ni Umar sendiri yang hias dan kemas" wah aku kagum dengan mak. walaupun buta penglihatan, semua selok belok rumah ni dia tahu. malah bilik Umar kemas dan cantik pun dia tahu. Umar kemas sendiri pun dia tahu?! memang betul la orang buta ni gifted.

"Mak jaga Umar sejak kecik. Dah macam anak mak sendiri..ingat tak cerita mak dulu? Umar ni anak suami mak yang kedua tula. Anak mak dah meninggal. meninggal sekali dengan suami mak masa arwah suami nak selamatkan dia. masa tu Umar berumur 10 tahun dan anak mak umurnya 5 tahun. Umar je yang terselamat sebab masa kebakaran tu, Umar tengah pergi kelas mengaji Quran kat sekolahnya. Sebelum peristiwa hitam tu berlaku, mak memang kenal sangat dengan perangai Umar. dia anak yatim, xde ibu. jadi sepanjang ayahnya menduda, dia dah biase buat kerja sendiri. masa ayahnya dah kahwin dengan mak pun, dia yang urus sendiri hal2 dia. bukan tu je, anak kandung mak pun dia yang tolong jaga. sebab tula mak yakin rumah ni terjaga sebab dia yang uruskan. mana ade orang gaji, rumah ni. ada driver je. mak kesian jugak kat dia. banyak berkorban untuk mak. dulu dapat tawaran sekolah berasrama penuh, dia tolak. sebab risaukan mak. dapat tawaran belajar luar negara pun dia tolak, semata-mata nak jaga mak..mak ni sedihla jugak tengok mase depan dia dikorbankan untuk mak. mak dah penat suruh dia cari je orang untuk jaga mak, tapi tulah...degil..tp alhamdulillah, xbelajar sekolah asrama dan luar negara pun, dia berjaya jadi doktor sekarang. tapi Sumayyah pun tau2 jela kerja doktor tu macam mana...sebok semacam..jadi dengan adenye Sumayyah ni, harap2 dptla tolong Umar eh?" Akhirnya mak menghabiskan ceritanya..aku dengar dengan penuh teliti. air mata mencurah2 seperti niagara falls. baiknya hati Umar tu..aku je yang berburuk sangka..tak sangka Umar ade hati yang jauh lebih suci drpd aku..aku cuba menahan sedu sedan supaya mak tak tahu aku menangis. aku memegang tangan mak..

"Sumayyah janji. Sumayyah akan jaga satu keluarga ni. Mak jangan risau eh?" Aku memeluk mak dengan erat. Mak mengusap-usap belakangku.

"Mak percayakan Sumayyah. Mak gembira dapat jumpa balik dengan anak yang mak susukan dulu..Sumayyah anak mak..Mak pun suka sangat dapat bermenantukan Sumayyah. Mak mintak maaf pasal hari pernikahan hari tu. kadang2 mak lupa Umar tu anak tiri mak.." Suara mak tersekat-sekat menahan sebak..

"Ya Allah mak...xpayah diungkit lagi..benda dah jadi dan Sumayyah dah redha dengan semua ni. Sumayyah banyak belajar benda baru sejak masuk keluarga ni. Sumayyah pun hepi dapat mak baru..hehe...mak janganla menangis..Sumayyah dah anggap mak macam mak kandung sejak pertama kali jumpe.memang mase tu Sumayyah ade perasaan yang lain bila jumpa mak untuk pertama kali..tak sangka mak lah orang yang susukan sumayyah. sumayyah gembira dapat hidup dengan mak.
Sumayyah boleh selalu dengan mak. ajar mak mengaji..kan mak kan??" Mak hanya mendiamkan suara..jauh di sudut hati, aku bersyukur dipertemukan dengan keluarga yang unik ni. dan perasaan kagum timbul pada Umar yang aku rasakan bakal menjadi pengemudi kapal terhandal dalam alam rumah tangga aku nanti..alhamdulillah...lama rasanya aku berada dalam pelukan mak..pelukan yang dah berkurun aku rindukan..mendapat emak baru..walaupun mak mertua dan ibu susuan, anak yatim macam aku ni amat senang tersentuh dengan kehadiran seorang yang bergelar ibu. Mak, Sumayyah sayang mak..

"Mak..jomlah kita turun buat air untuk Umar dan pak lang. mesti diorang penat punggah barang tu. maklumlah barang Maiya banyak...hehe.." tiba2 aku merasakan rangkulanku menjadi berat. tiada suara daripada mak.

"Mak??" aku semakin hairan. aku melepaskan rangkulanku dan mendapati muka mak pucat lesi dengan mata yang terbeliak.

"Astaghfirullah! mak, kenapa ni mak??" aku menyentuh muka mak. sejuk. dengan teragak-agak, aku menghalakan jari telunjuk ke hidung mak..tak mungkin...aku menghalakan jariku sekali lagi..tiada nafas yang keluar daripada hidung mak..kemudian aku merasa denyutan nadi di lehernya. senyap. ya Allah..aku mencapai pergelangannya pula..tiada denyut nadi yang dapat dirasa oleh deria sentuhku..dengan segera, aku menutup kelopak mata mak..innalillah..

"Abang!!"

*****

"Maiya baru je nak rase kasih sayang seorang ibu. baru je nak rase hidup beribu. Nak sentiasa berada dalam pelukan seorang ibu.."

"Maiya dah sempat rase semua tu."

"tapi maiya xpuas.."

"at least maiya dapat bersama dia buat kali terakhir. dia meninggal dalam pelukan maiya tau. abang ni? abang tak dapat peluang mcm tu." Aku memandang Umar. he's right..aku bertuah..bukan aku patut dapat simpati, tp dia..

"dan maiya beruntung sempat meneguk susu dia.." ayat terakhir Umar menambahkan lagi pilu di dada. air mata masih belum mahu kering.

"dah la maiya, jangan meratap macam ni..tak baik..kita same2 xde ibu kan..ujian ni ujian kecik je untuk kita. tabah ok??" Umar mengusap air mata aku dengan lembut. astaghfirullah, aku memang xpatut menangis lama2 macam ni.

"abang, maiya mintak maaf kalau maiya jadi salah satu punca kesedihan abang."

"ish cakap ape ni. dahla.tido.esok abang kena pergi keje."

"xnak mintak cuti??"

"buat ape. takkan sebab abang tengah sedih, nak biar org lain sakit pulak."

"abang kuat." dalam kesamaran cahaya bulan, aku dapat lihat muka Umar memerah..haha blushing pulak..

*****

Macam tak percaya. sungguh tak percaya.Ya Allah, betul ke ape yang aku nampak ni. kenapa, ya Allah kenapa..?? terasa macam semua susah payah selama sia-sia je..segala usaha seperti telah dibuang ke lombong najis..hati terasa amat berat untuk terima berita ni.

"I am sorry that you have failed the final professional BDS examination." [BDS-Bachelor of Dental Surgery]

ape dah jadi dengan posting aku selama ni? all those practicals? all those clinicals? all those MI dentistry, oral pathology, orthodontology, pedodontology, periodontology dan ape 'logy' tah lagi..mane semua tu? dah dicampak ke loji ke?? all these five years aku buat ape? membuang duit? membuang tenaga? membuang masa? kalau tahu camni endingnya, baik aku xpayah belajar dan kawen je dgn abang Zakwan..

astaghfirullah. ape aku merepek ni. setan, pergilah..
astaghfirullah.
astaghfirullah.
astaghfirullah.

"boleh repeat kan..repeat jela." Umar bersuara memecah kesunyian setelah aku melepaskan segala kesedihan aku tentang result yang mengecewakan aku.

"xtau la abang..rase lemah sangat..rase tak larat dah..u know how hectic our lives are kan.." beban yang berat membuatkan aku terpaksa meluahkan kat Umar walaupun aku tahu dia bz..

"setahun je."

"setahun tu cm 100 tahun..i've to do all the assignments again.belajar the same thing all over again. treat the same case etc. etc.."

"tu sume maiya punye pre-assumption. in our field, made ade benda yang sama. patients dtg dgn condition yg unique to each other."

"but.."

"just go.."

"then i have to fly back."

"then, do so.."

"abang?"

"abang tak cari perempuan lain." Umar mengangkat sebelah tangannya seperti mengankat sumpah.cet..

"abang ni! seriusla!" tindakan reflex memukul bahu Umar.

"ouch! dah pandai pukul orang eh skrg??" Umar mencubit kedua-dua belah pipi aku.

"ape ni! ok2! back to discussion, camne ni??" kerenah Umar sedikit sebanyak melegakan gundah di hati.

"camne ape? camne nak halang abang drpd cari pompuan lain??" eeeeshh!!!! dia ni betul2 membengangkan la!!!!

"abang!!!"

"iye.." sambil buat muka kerang busuk pulak dia.

"seriusla!" tiba2 Umar buat muke serius. serius x tahan maka terhambur ketawaku.apela dia ni..multipersonality ke?? dulu kejam giler. pastu jiwang pulak. pastu comedy pulak. kadang2 garang..pelik la dia ni.

"Maiya kena redha dengan ketentuan ni eh. dan jangan putus asa. selagi ade peluang, rebutlah. abang izinkan maiya sambung belajar. tp kena janji,kali ni mesti pass punye. kalau x, nanti abang cari pompuan lain!"

"haha..carilah..like i care..i dont even have feelings for u..dah lupe ke??" aku menoleh ke arah Umar. dan riak wajahnya..oops..ini lain..ini serius..did i just hurt him? Ya Allah ampunkan aku...

"err..abang..sorry..maiya xsengaja..abang gurau melampau sgt sampai maiya pun terlupa nak jaga hati abang.."

"mintak maaf pun sempat lg nak salahkan abang." muka dia statik ok.muka statik. apekah maknanya itu..

"maiya salah..i'm sorry.."

"dah.pegi buatkan air oren." hekeleh...amik kesempatan..

"terima kasih, bang.." kaki terus melangkah ke dapur untuk menyiapkan air oren yang dimintak.

*****

akhirnye semua persiapan untuk aku kembali ke bumi New Zealand telah disiapkan. esok, sekali lagi bumi Malaysia harus kutinggalkan..dan again, the same stress and challenges akan menanti aku..Ya Allah, dalam masa beberapa bulan ni, macam2 telah kau uji aku..mcm2 jugak yang aku belajar. belajar erti pengorbanan, erti kasih sayang, erti ketabahan dan erti kesabaran.

Beg beroda tu segera aku zipkan. oh ye! almost terlupa satu barang. frame gambar. aku melangkah ke bilik arwah mak..redup tenang je bilik mak..mak, kalaulah mak masih hidup, Maiya takkan sampai hati nak tinggalkan mak..maiya sanggup tinggalkan study maiya..maiya rela jadi suri rumah..mak, maiya pun sebenarnye nak jadi suri rumah untuk uruskan hidup abang Umar..tapi abang tak kasi..dia suruh maiya sambung belajar sampai habis jugak..katanya, kalau dah habis belajar nanti, suka hati maiya la nak jadi ape..mak, kenapa abang berbunyi seperti seorang ayah...mak..maiya rindukan mak..

gambar mak aku tenung lame2..gambar babah dah ade..gambar arwah ibu dah ade..skrg gambar mak pulak..gambar mak aku peluk erat2..walaupun perkenalan kami singkat tapi cukup bagi kesan yang mendalam.terima kasih mak..

malam itu, malam terakhir aku bermalam di mahligai Umar. lepas ni, kami pun akan terpisah..namun aku xberasa ape sangat pun..kdg2 aku rase Umar dah macam abang aku..xtau kenapa aku xboleh nak sayang dia lebih dari tu..dia suami kau maiya...SUAMI...
"maiya..abang ade benda nak tanya.."

"ape dia?"

"maiya ni kelakar la."

"hah?tu bukan tanya. tu statement."

"yela.nak tanye la ni.isshh..suke sangat nak potong ckp org."

"haha..ok..ape dia?"

"mazhab mane yang maiya pakai,menyatakan depan suami kena tutup aurat?" aku terkedu..ya Allah baru aku perasan. dah seminggu aku kawen dengan Umar, seminggu tu jugakla aku masih jaga aurat aku??

"err..maiya terlupa la bang.."

"habis tu yang maiya pegang2 abang, xlupa pulak?"

"abang yang pegang maiya."

"salah kita lagi.."

"waaa! sorry2...maiya xbiasa lagi..maiya dah terbiasa pakai mcm ni.."

"dasyatla..tido pun sanggup bertutup sume."aku hanya diam..aduusshh..aku ni kan..aku menarik kain selimut sampai menutup muka.

"selamat malam,bang!" harap2 la sume ni mimpi..terserlah kebodohan aku.malunye....

"entah2 maiya ni malu kot nak tunjuk kepala botak kat abang. ke maiya ni xde telinga..ataupun badan xcukup sifat.." isshh da mula dah perangai lame dia tu...sabar maiya...sabar..he is ur husband.

"nite!" terkekeh-kekeh aku dengar suara Umar gelak.gelakkan aku eh..xpe2..

malam makin kelam. sunyi sepi. hanya suara2 gemersik alam yang bergema. tiada lagi suara manusia. malam sememangnya diciptakan begini. agar manusia dapat merehatkan diri. dapat menghilangkan lelah di siang hari. dapat melelapkan mata, mengumpul tenaga untuk esok hari. maha suci Allah yang menciptakan siang dan malam. menjadikan siang untuk bekerja dan malam untuk berehat..subhanallah..

dalam keheningan malam, masih ade insan yang belum berjaya melelapkan mata. akulah tu.. setelah ditegur Umar tadi, aku asyik terfikir-fikir..ape nak jadi dengan hubungan kami sebagai suami isteri? baru seminggu bergelar isteri, aku dah kena pergi tinggalkan dia pulak..macam mane dengan tanggungjawab aku sebagai isteri? berdosa ke aku melarikan diri camni? lagi2 Umar terasa seperti dirinya asing di mata aku lantaran aku menjaga aurat dengannya seperti menjaga aurat antara bukan muhrim. gagalkah aku sebagai isteri? ya Allah, berilah aku taufik dan hidayah..

sungguh, aku tak sangka yang aku akan melalui zaman bergelar isteri sampai macam ni sekali..sungguh, aku xde ilmu nak mengendalikan hal ni..ape yang aku bayangkan dulu ialah aku bakal jadi isteri abang Zakwan. dan dengan harapan yang memang aku akan berkahwin dengan orang yang disukai tak membuatkan aku berfikir macam nilah kesudahannya..maka aku tak menyediakan diri aku dengan ilmu untuk menghadapi suami yang aku tak sayang..yang xde sekelumit perasaan pun terhadap dia..lebih2 lagi lelaki tu Umar. orang yang pernah banyak kali menyakitkan hati aku sejak mula aku kenal dia. sungguh, aku xde persiapan ape2..dia pulak tahu hubungan aku dengan abang Zakwan. nasib baik dia paham kedudukan aku...tapi sampai bila? sampai bila dia nak faham? sampai bila suami isteri harus macam ni? sampai bila Umar boleh bertahan? patut ke aku suruh dia lepaskan saja aku? lagipun aku xmampu nak tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. tapi ape kata babah? ni semua rancangan babah. aku xmungkin kecewakan babah. lagipun Umar bukannya menganiaya aku..aku pun makin lama, makin selesa dengan dia.selesa? ish apekah...memangla aku selesa sebab Umar jaga aku baik2..aku je bermasalah..

aku tak kesah pn kalau Umar nak sentuh aku sebab kami memang suami isteri. aku rela dia ambik segalanya daripada aku. tapi Umar katanya tak mau aku rase berdosa..aku faham..dia tak nak aku ingat laki lain masa dengan dia..bukan ke same hukumnya dengan isteri curang..hmm...abang zakwan..memang ade rase rindu..tapi tak lah sehebat yang Umar sangka..perasaan sayang aku pada abang Zakwan pun xde lah menggunung tinggi..kenangan kami hanya mase kecik..selebihnya, xde ape yang manis untuk dikenangkan. melainkan title tunang yang diberinya. berserta impian yang dia ciptakan utk kami berumah tangga.

terus terang, abang Zakwan pun dah semakin hilang dari ingatan..aku tau aku kena move on..even, masa nak nikah pun, aku dah mentally prepared untuk buang abang Zakwan jauh2..aku percaya Allah lebih merestui kasih sayang antara suami isteri. Aku bukannya jenis yang ambik keputusan tanpa berfikir semasak-masaknya. aku bukan orang yang terburu-buru. bila aku dah setuju nak kahwin bermakna aku dah bersedia nak kahwin. termasukla dah bersedia untuk melalui malam pertama dengan suami. tapi, dah Umar cakap macam tu, aku setuju jela..lagipun masa tu aku dah memang tengah terkejut dengan situasi baru kitorang..agak susah jugak kalau Umar mementingkan diri sendiri malam tu..

hmm..rupanya dah seminggu kami kahwin..tapi takkanla aku pulak yang nak bagitau kat dia yang aku dah ready? hello, aku perempuan kot..takkan aku yang nak mintak? no way..aku kan mangsa..tapi xpe ke biar dia tunggu lama? berdosa x? ya Allah camne ni..

"Sumayyah, Tahajjud jom. lepas ni, dah xde nak tahajjud ngn abang dah." terasa bahu aku dikejutkan orang. ohh mengantuknya...rasenye aku baru je terlena..dah kena kejutkan..

"emm..abang ambikla wudhu' dulu..dah sudah,kejut maiya lagi.."

"amboi2...dah,bangun2..xde..abang dah siap mandi dah wangi pakai perfume ni..wudhu' tak yah cite la,memang dah ade..tinggal awak je yang busuk..dah2,bangun..liat pulak malam ni." Umar menarik pangkal lengan aku..aduuuiiihh..dengan rase malas aku bangun dari pembaringan dan terduduk..ngantuknyeeee...zzzzzzz....

"splash!!" brrrrr...sejuknye!!!!!

"ape abang ni main sembur2 air! ingat tgah mandi sungai ke ape..wuu.."

"dah tu liat semacam. bangun2!tido lagi,abang rotan."

"ingat orang budak kecik ke" aku bangkit dari katil dan melangkah laju2 ke bilik air.

"memang budak kecik pun! mengada-ngada!"

"kejam wal zholim!!!" aku menjerit dari bilik air.

"elok la tu,bia jadi doa.suami sendiri kejam wal zholim" aku menyapu muka dengan air...astaghfirullah..mamai2 camni, terkeluar pulak perkataan tu. setelah berwudhu', aku keluar daripada toilet.

"bang, maiya mintak maaf"

"haha..dah2, jom solat.."

bismillah...Allahuakbar..tenangnya malam...

*****

pagi tu setelah selesai solat subuh, aku bergegas turun dapur, siapkan sarapan..hari ni last sarapan..nak masak ape eh?? hmm..ape yang aku xpernah masak lagi?? jap! check bahan2 dulu..hmm..peti ais nampkanya penuh berisi....at least suami aku tak kelaparan.

"masak ape?" Umar bertanya dari belakang aku yang sedang kepanasan depan kuali.
"roti telur special."
"ape yang specialnye?" Umar berjalan menuju meja makan.
"rase jela nanti.." aku menterbalikkan roti dalam kuali..
"french toast.."
"aaa!mane abang tau..ish.."
"haha..abang dah lame jadi tukang masak tau.semua resepi dah cuba."
"hmm..xpe, ni french toast special..lain drpd yg lain..maiya je yang pandai buat."
"ok we'll see.."
"no, you'll see..hehe.."
"haha ceria betol la orang nak fly ni.."
"mestila.. dapat escape from doktor kej..."
"apesal berenti..cakap jela..xmarah pun..dah biasa.."
"nah..dah siap..rasela.." aku menghidangkan french toast special tu dengan muka buat2 xdengar statement Umar. Umar mulakan dengan bismillah sambil buat muka terpaksa menelan roti yang aku buat.
"emm..biase je..abang punye lagi sedap.."
"whatever..sebenarnye sedap tapi tak nak mengaku." aku mengambil sekeping roti dan mengunyah dengan penuh berselera.
"whatever.." Umar membalas..aku menjelingnya sekilas..apela dia ni..membencikan.
"abang tak keje rini." Kata Umar setelah menghabiskan sekeping roti.
"dok rumah je?" Aku terus mengunyah..
"tak la..ade date ngn someone special."
"hah? siape?"
"adela..sebok je nak tau..kata xkesah.."
duh....whatever la...selesai makan, aku mengemas2 meja dapur..tiba2 pak lang masuk dari pintu dapur.

"ha pak lang, nak makan ke? ade lebih roti telur tu. ambikla bawah saji tu." tangan aku tengah sebok mencuci pinggan. sementara Umar dah ke depan. baca paper kot.

"Umar mane?katanya nak pegi keluar jap lagi" kata pak lang sambil menjamah roti telur yang aku buat.
"ade kat depan." tiba2 aku tengok pak lang berenti mengunyah.mukanya berubah..
"eh? roti ape ni? lain benar sedapnya. betul ke roti telur?"
"haha..sedap eh pak lang? tula french toast special.pak lang xpernah makan eh?"
"apebenda pulak tos2 ni? sedap aih..xpernah rase roti telur macam ni."
"Umar xpernah buat?"
"ade.tapi biase je.orang bujang masak la katakan.ikut sempat je. selalu dia terkejar-kejar nak pegi keje. kadang2 xbuat sarapan pun."..oohh i see......'dah biase buat..'
"eh pak lang. Abg Umar nak pegi mane kejap lagi?" dalam diam aku cuba mengorek rahsia Umar.
"oh biaselah tu. seminggu sekali kalau xde shift pagi ke petang ke, dia akan pegi rumah kanak2 istimewa. tengok waktu lapang dia jugakla.."
"kanak2 istimewa? kat mane?"
"kiwanis kat KL tu..dia dah mcm ayah budak2 tu dah..sejak dia student lagi dia selalu ke sana. waktu tu dia macam abang la...la ni dah tua sikit, nampak mcm ayah diorang. pak lang ni pulak dah mcm atuk.haha.."oooh..tula someone special dia..biar benar Umar ni..
"nak ikutla pak lang.."
"eh kamu kan nak balik new zealand kan hari ni.."
"ala flight malam..siang ni sempat la.lagipun saya xde ape nak buat kat rumah sorang2.."
"pak lang ok je..kamu tanyela Umar.."

*****

Akhirnya sampai jugak kami kat kiwanis. kelihatan kanak2 down sindrom meloncat-loncat gembira melihat kami tiba..rase macam VIP pulak...tak sangka Umar rapat dgn diorang ni.dalam diam, terasa malu kat diri sendiri...xpernah aku nak berbakti dekat manusia istimewa anugerah tuhan ni. Umar yang aku gelar kejam wal zholim tu pun lebih mulia daripada aku. malunye dekat diri sendiri..aku lebih patut digelar kejam wal zholim.

"ayah!!!" lamunan aku tersentak dengan panggilan riang daripada semua kanak2 di situ. ayah? masyaAllah betul ke ape yang aku dengar ni..suami aku ke yang dipanggil ayah?? aku turun daripada kereta. namun sambutan VIP lebih tertumpu kepada Umar. sebaik je dia melangkah keluar kereta, budak2 tu semua kerumun dia..Umar mengangkat kanak2 yang paling kecil antara mereka. dia melayan mesra semua kanak-kanak tu. xde langsung riak kekok di wajahnya mahupun bahasa tubuhnya..

"ayah, siapa ni!" sekali lagi aku dikejutkan daripada lamunan. seorang kanak-kanak perempuan mendekatiku sambil telunjuknya menunjuk ke arah aku..Umar memandang aku. aku tersenyum kepada Umar..dan aku terus merangkul kanak2 tu sambil menangis..terharu sebenarnye..terharu dapat jumpe dgn kanak2 ni..terharu dengan suami sendiri..aku memeluk kanak2 tu erat2...cepat2 aku mengesat air mata bila aku perasan Umar sedang melangkah ke arah aku.

"ni lah ibu kamu semua." Umar meraih bahuku, memperkenalkan aku dekat kanak2 tu.
"ibu!!" dengan mudahnya, kanak2 tu memanggil aku ibu. pertama kali dengar aku dipanggil ibu, aku xtau nak kata ape. perasaannya luar biasa. ya Allah, sungguh indah ukhuwwah ini. dapat mengenali kanak2 kecil ni, cukup menyenangkan hati aku.langsung terlupa resah di hati yang nak kena repeat 2 semester. langsung lupa segala masalah dan beban di hati. masa berlalu pun tak terasa..kami bawak kanak2 tu berjalan-jalan dekat taman, bawak dorang makan, bercerita dengan diorang, gelak tketawa bersama..my first experience yang xkn dilupakan..xmungkin dilupakan unless God made it so.

"Yaya, Awal, Jiha dengan Muni jangan nakal2 tau. jaga diri. ibu nanti nak pegi jauh. xdapat jumpe kamu semua. tp ayah ade ok?" perlahan2 aku memujuk mereka bila mereka seakan-akan xbagi aku balik. jam dah pukul 5.aku kena bersiap-siap nak ke airport..sungguh berat hati nak tinggalkan mereka semua.

"ibu nak pegi mane?datang la lagi. yaya nak dengar cerita ibu." kata yaya dengan sedikit tergagap-gagap. mata aku terasa basah. ya Allah, beratnya hati..ya Allah kenapa harus ade perpisahan bila ade pertemuan..

"dah2..yaya kena bagi ibu pegi.dia sebok..nanti bila2 mase,dia dtg lagi ye. yaya ikut abang dan kakak masuk." Kak Sakinah,penjaga kanak2 tu cuba menenangkan yaya.

"Maiya, dah lambat ni." Umar bersuara dari dalam kereta. dia kelihatan amat tenang. xberat langsung nak berpisah dgn mereka semua. yela, dia kan dah biasa.lagipun dia boleh melawat bila2 mase lagi..aku ni, entah bila2 lagi dpt jumpa dengan dorang.

akhirnya, yaya melepaskan tangan aku.dengan muka yang amat sedih, dia melambai kami semua. begitu jugak dengan yang lain. terima kasih ya Allah kerana dipertemukan dengan mereka..terima kasih jugak kerana pertemukan aku dengan Umar..kalau xjumpa Umar, mustahil aku akan sampai ke sini..alhamdulillah..aku bersyukur..

"rasenye macam dah ade anak pulak kan bang.." aku memecah kesunyian dalam kereta.
"hmm..abang mane ade kawan.tu la kwn2 abang."
"abang xde kawan??" hairan aku..
"kawan2 tempat kerja ade la..tp kawan rapat memang xde..abang ni loner..lone ranger,tau?"
"haha...tak heran la..abang kan..."
"kejam wal zholim? haha..camtula kot..sebab tu abang xde kawan rapat."
"alah Sumayyah, Umar tu main2 je..bukan xde yang nak berkawan dengan dia..cuma dia je yang mengelak.."
"kenapa?" aku menyoal penuh tanda tanya.
"takut kehilangan.." Umar menjawab ringkas.aku terkedu.
"Sejak ibu meninggal, abang xde kawan. abang fobia nak berkawan. abang rase macam semua orang akan diambil daripada abang.tapi tu dulu. sekarang xdela fobia sgt..cuma kdg2 malas nak berkawan ramai2..abang kan bz.."
"abis budak2 tu, abang ade mase pulak.."
"budak2 tu lain..dulu,lepas ibu meninggal, abang xde kawan. sampaila bila ayah kawen lain, the only friend i had mase tu was my brother, anak kandung mak.dia dilahirkan dgn down sydrome."
"astaghfirullah..ye ke bang..mak xcite pulak.."
"mak malu. katanya, tu akibatnya dia berzina. anak yang jadi mangsa perbuatan dosanya." Umar menoleh ke luar. perasaan sebak menyelubungiku..tak sangka kuat betul mak diuji..dalam hati, aku mendoakan kesejahteraan mak di alam barzakh. al-fatihah aku sedekahkan.
"lepas anaknya meninggal, dia menyesal xcurahkan sepenuh kasih sayang dia kat anaknye tu..atas rase menyesal tu, dia ajak abang pegi kiwanis. kami selalu jumpe dorang sama2..cuma sejak dua tiga menjak ni mak dah jarang ke sana sebab selalu xsehat. abang pulak rase rindu dekat adik tiri abang, sebab tu abang senang pegi menjenguk budak2 tu.."

aku mengesat airmata..pandangan di tala ke depan..dari front mirror aku dapat tengok pak lang mengesat airmatanya jugak. selama ni Umar yang jaga adik tirinya..patutla mak terhutang budi..

"mulia hati korang semua..rendahnya Maiya kalau nak bandingkan ngn u all.."akhirnya aku bersuara.
"jangan ckp macam tu.kadang2 nak sampai ke tahap ni, Allah uji bertalu-talu..sekarang Maiya dah sampai sini pun kan..." pak lang bersuara, memujuk hatiku.
"sampai mati pun kita akan diuji, Maiya...bukan orang beriman kalau tak diuji..jadi Maiya kena tabah..soal study tu,ringan je. abang yakin maiya boleh." Umar mengesat airmata aku.

*****

Aku memandang sekitar isi rumah itu buat kali terakhir.tak tau bila lagi aku akan menjejak ke sini. insyaAllah kalau umur panjang,kita jumpe lagi eh rumah..aku berbisik sendiri...aku melangkah keluar dari pintu. tiba2 Umar menarik tangan aku membawa aku masuk kembali ke dalam rumah.

"keluar tu x ingat orang pun." Umar memandang aku dengan serius.
"laa..kan ke nak naik kereta same2.."aku buat muka heran.
"sorry abang tak dapat hantar. abang ade on call.jap lagi kena pegi hospital."
"oh..xpe..maiya paham..xpela bang, maiya pegi dulu.."aku menyalam dan mencium tangan Umar..Umar memegang ubun2 kepala aku.
"take care..abang mintak maaf for everything."
"maiya pun mintak maaf.abang take care jugak."
"hehe..abang xcari pompuan lain punye." Umar mengangkat sumaph sekali lagi.
"haha..like i care.." aku terus melangkah ke arah pintu. tiba2 tangan aku di tarik semula. beberapa ketika kemudian terasa bibir aku hangat. for a while, aku terkaku. tiba2 aku tersedar. ya Allah ape dah jadi.
"abang sayang maiya. dah . pegila..jaga diri tau!" Umar menolak aku keluar. pak lang dah menunggu depan kereta. bila nampak je aku keluar, pak lang terus masuk dalam kereta. Umar membuka pintu kereta untuk aku. pak lang menghidupkan enjin, dan terus menderu keluar. Umar melambai dari jauh. aku wat muka straight..sekejap je aku dah sampai airport. sekejap je aku dah salam2 babah.dan sekejap je aku dah ade atas plane. sekejap je aku dah berada atas awan. tapi otak aku masih lagi memutar ape yang terjadi sebelum aku keluar tadi.my first kiss..dari Umar..Umar cakap dia sayang aku.

*****

"la...kau kawen dengan orang lain ke??ape dah jadi dengan abang Zakwan ko tu??" Hani, junior yang sebaya denganku menyoalku bertalu-talu..

"dia dah meninggal.."

"innalillah..sorry aku tak tau..kenapa dia meninggal?"

"xpe..aku dah move on pun..arwah eksiden dengan lori"

"astaghfirullah..mesti susah kan kau nak teruskan hidup. dengan kena repeat lagi."

"haha xdela susah..ko tengok la aku sekarang. ok je kan.." aku meneruskan aktiviti unpacking..bumi Dunedin masih seperti dulu. xde yang berubah. anginnya yang dingin pun masih sama hembusannya.

"so suami ko camne? ok? aku kenal?"

"tak..aku pun tak kenal."

"hah? camne korang hidup?"

"ok je..tak la sesusah yg ko sangka. tp baru kawen seminggu je. so xle nak cakap lebih la."

"bagusla..yang penting aku happy ko balik!! xkesahla kena repeat. yang penting aku dpt jumpe ko lagi!! eee rindunya!!!" Hani memeluk aku macam peluk teddy bear. Hani kawan paling rapat dengan aku. kat sini, aku rapat dengan Ilyana jugak..tapi ilyana agaknya tengah sebok uruskan posting dia kat Malaysia..tak lama lagi dia akan mulakan kerjaya sebagai dentist. alhamdulillah..

" Nah, hot choc untuk ko." Hani menghulurkan sebuah mug berwarna merah kepada aku. memang baik betul la Hani ni. manja dan comel. rajin dan bijak. kaya budi bahasa dan yang penting bagus penghayatan agamanya. beruntung sape yang dapat Hani..Hani meminjamkan tangannya untuk ikut sama mengemas barang2 aku.

"thanx hani.."

"same2 puan Sumayyah.hehe.." aku mencubit paha hani..ada2 je...hmm..mcm mane agaknya Umar...mesti tengah sebok dekat hospital..eh aku ni..ape pulak sebok pikir pasal dia.

*****

"Maiya,jom tahajjud." terdengar suara Umar mengejut aku dari tidur..disebabkan kali ni aku tak tido lambat,maka dengan mudahnya aku bangun dan membuka mata..

"eh..hani.."

"laa..aku la..sape lagi?cik abang ko?hahaha..dah2 , siap2 cepat.." Hani tergelak kecil sambil menyarung telekungnya. astaghfirullah..seingat aku,aku dengar suara Umar tadi..ah sudah..ape aku ni..

"Ya Allah kau lindungilah suamiku dari segala bahaya dan malapetaka. peliharalah imannya. teguhkan hatinya dan tetapkan hatinya dalam agamanya. peliharalah rumah tangga kami daripada gangguan syaitan yang direjam." pertama kali aku mendoakan Umar..amiin..

"Hani, ko tau x, Umar pernah simbah aku dengan air masa nak kejutkan aku untuk tahajjud." aku berkata-kata sebelum melelapkan mata...

"nanti kalau kau liat,I'll do the same thing.haha.." angin malam membuai tidur kami..ya Allah lenakanlah tidur suamiku..

*****

mentarinya terik namun anginnya sejuk. macam tu la cuaca musim panas dekat kota kecil tempat aku belajar ni. tetap nyaman. alhamdulillah diberikan peluang merasa angin negara orang. dan angin macam ni memang sedap nak study. sedap nak tidur jugak.haha..

aku melangkahkan kaki melalui George Street menuju ke kampus yang menempatkan faculty of dentistry..'university of otago faculty of dentistry' tertera di entrance.walalupun dah 140 tahun didirikan namun seni binanya masih gah dan cantik menawan..kagum..subhanallah...hmm..setelah dua minggu aku melepakkan diri dekat sini, akhirnya pada hari ini aku kembali ke kelas pertama untuk semester ini. kembali ke kelas pertama yang pernah aku lalui dulu. kelas yang sama. lecturer yang sama. subjek yang sama. student je lain..adela beberapa repeat student namun tak ramai..muka2 junior lebih ramai dan membuatkan suasana kelas sungguh berbeza..kekok jugak..hmm..repeat year memang unexpected..kerana aku xpernah fail dalam apa2 subjek pun sebelum ini..semua ni pasti ade hikmahnya..

tiba suasana bingit menjadi tenang..pelajar2 yang berjalan-jalan dalam hall tiba2 berlari-lari amik tempat masing2..ok here he is.. my favorite lecturer, Dr. Robert Love, head of General Dental Practice.nama dia pun dah cukup buat aku sayang dengan beliau..beliau bg briefing bout the course throughout the year. more or less same je cam last year..oh tiba2 hati rase ketat je..kenapa mcm dejavu,kena melalui benda yang sama lagi...harap2 Umar betul, xkn ade bnda yg same..sentiasa ade new adventure..lecture mungkin same tp practicenya lain..cabarannya lain..huh boleh pulak teringat Umar time2 cmni...

Dr. Robert Love diganti pulak dgn Prof. Tom Kardos n Miss Eithne. masing2 bg briefing utk respected course..Oral pathology n oral medicine respectively..then briefing community dentistry lak..lastly, oral surgery..ok, the same subjects..rase mcm tak tahan pulak nak duduk lame2 dlm hall ni...sabar sumayyah..ko kena redha..ade hikmahnya...nak tak nak kau dah ade dekat sini dan kau kena lalui semua ni dengan tabah..

"mcm mane sumayyah, kelas hari ni?" Hani menyambutku di depan entrance fakulti. aku melemparkan senyuman penuh makna..

"haha..aku tau ko bosan...xpe, tak lame lagi masuk lab n clinic, ok la tuh.." Hani cuba memujuk..

"hu..hu..hu...lab? kena buat crowns and bridges yang melecehkan itu sekali lagi??? inlays and onlays??? oh tidaaakkk.." mukaku dibuat tanpa perasaan...

"lepas tu hilang mcm last year...oh sungguh TIDAAAAKKK..." hani kembali memulangkan paku buah keras dgn membuat muka straight kat aku. memang tak boleh dilupakan kenangan itu. nak menghasilkan bridges and crown bukan senang. lagi2 kalau untuk sebatang gigi sahaja...gigi dah la kecik..aku pulak lepas dah siap, sungguh gembira sampai aku tak ingat aku campak mane projek aku tu.. nak cari benda yg kecik tu punyela susah..menangis-nangis aku mencarinya. tu belum lagi buat indirect restorations for dental fillings...inlay dan onlay..oh sungguh leceh..bayangkan lubang gigi anda yang telah siap dikorek oleh dentist. kemudian, instead of just tampal je gigi gune amalgam mahupun composite, kami kena buat semacam acuan bentuk lubang yang telak dikorek. kemudian, siapkan bahan tampalan tu dekat lab, betul2 ikut shape lubang yang telah dikorek..kira2 sebesar biji sawi la..kemudian tercampak dan hilang. serious tak tau nak cari kat mane..dentistry mmg leceh. kena teliti kerjanya dan kena HATI-HATI...tangan pun kena berseni..kalau x, memang rosak..must have a very good control over your hand.

"eh, jom pegi pak'nsave..rindu pulak..lagipun aku rase nak membeli ni.." aku memimpin tangan hani.

"ler..hari tu aku ajak, bukan main menolak.."

"tu hari tu..."

"eh,ko rindu cik abang ko eh?"

"mane ade..tipula kau ni.."

"aku pulak yang tipu..hmm...mcm aku tak nampak ko asyik termenung sane sini..bukan rindu ke tu.."

"bukan..aku rindu ayah aku..."

"emph..ayah.."

"eh betol la...dah2! cut the crap! jom!"

"ok,tp ko kena janji!" pekik hani di telinga aku..janji? janji ape?

"janji ape?" aku suarakan pertanyaan yg berlegar di minda itu.

"janji ikut aku pegi usrah dekat rumah Umairah petang ni." Hani menghayun-hayunkan tangan aku sambil menalakan pandangan ke hadapan dengan muka yang tersenyum.

"xde masalah. tp xpe ke? yela aku bukan group usrah kau.."

"alah..grouping hanya nak sistematikkan keadaan. lagipun group aku kurang sorang sebab dia kena posting tempat lain. do xde salahnya. ko xsesakkan group kami pun.haha.." hmm..lega jugak dengar..yela, kita nak masuk group org,ok je..tp takut menyesakkan keadaan jela..

"ok lah camtu..aku inform Lia dulu..yela, karang dia ingat aku membelakangkan dia.." wajibla, Lia ketua group aku..maka kami pun menuju ke pak'nsave dengan gembira..

*****

"nusyuz bererti derhaka kepada suami atau dalam bahasa panjangnya, membelakangkan kehendak suami..kiranya macam tak patuh kepada suami..lebih kurang macam anak yang tak patuh kepada kedua ibubapanyala..bayangkan perasaan ibubapa..macam tu jugakla perasaan suami. suami adalah kepala keluarga. maka sekiranya kita ingkar, dikira menyakiti ketua. ketua terguris hati, jadi kita berdosa. namun demikian, jatuh hukum nusyuz atau derhaka ni bila kita tak ikut kehendak suami yang tak melangaar syarak. kalau suami tu suruh kita buat benda yang out of syarak dan kita ingkar, itu lain cerita la.." aiseh kenapa aku terasa..berdosakah aku? tanpa disedari, kolam mata mula menakung air..aku cuba menahan perasaan dan memberanikan diri untuk bertanya...

"maaf, nak bertanya..macam mana kalau isteri tak dapat menyempurnakan tanggungjawabnya tetapi sang suami sendiri merelakan. kiranya suami tak memaksa isteri untuk mengikut kehendaknya ie kehendak yang masih dalam batas syarak la.adakah isteri tu nusyuz jugak?" Hani memandang wajahku..yela,hanya Hani yang tau kisah aku.

"ada syarat2nya untuk isteri yang nusyuz ni. pertama, suami sediakan tempat tinggal utk isteri, tapi isteri xnk duduk di situ ataupun meninggalkan rumah tersebut tanpa izin." ok, i did leave his house..tapi aku diizinkan berbuat demikian oleh Umar.negatif.

"kedua, suami isteri yang tinggal di rumah si isteri tapi tiba2 si isteri halau suaminya keluar dari rumah tu dan melarang suami masuk ke lagi ke rumah tu." oh totally negatif...aku xbuat mcm tu..kami xtinggal kat rumah aku pun..

"ketiga, isteri yang bermusafir tanpa suaminya atau mahramnya. isteri yang bermusafir tanpa suami atau mahram dikira bermaksiat jugala.." hati aku bagaikan direntap..mana suami aku? he's not here...even mahram pun xde...i'm all alone datang ke sini..

"mcm mane kalau si isteri tu datang atas kewajiban tertentu seperti menuntut ilmu?" Hani mengajukan pertanyaan yg sungguh membantu aku meredakan gundah di hati...sungguh faham dia tentang ape yg berlegar dlm otak aku..thanx hani..bisikku..

"even kalau pegi haji tanpa suami dan mahram pun dah dikira berdosa. isteri tu telah melakukan nusyuz.." astaghfirullah...aku pernah belajar dkt sekolah topik nusyuz ni..tp sumpah x ingat...ya Allah ampunkan aku..Umar, ampunkan aku...airmata sekali lagi bertakung.

"keempat, apabila isteri bermasam muka,bercakap kasar, meninggikan suara atau memalingkan mukanya ketika mana suaminya berwajah manis dan berkata-kata dengan penuh lemah lembut kepadanya.." astaghfirullah..sekali lagi rase macam jantung aku telah dilembing dengan kuat. rasenye aku macam xdpt nak takung airmata lagi..aku menunduk di sebalik tudung yg labuh dan perlahan-lahan mengusap airmata sendiri..harap2 xde siapa yg sedar.,estila dorg pk sumting wrong ngn aku sbb topik ni pun aku nak nangis..

"banyak lagi faktor2 sampingan yang boleh membawa kepada nusyuz seperti melawan kata suami, menggunakan kekerasan fizikal kepada suami, curang kepada suami..asalkan perkara tersebut menyakiti suami, dikira nusyuz..dan seperti dlm suran an-Nisa ada difirmankan oleh Allah dalam ayat 34,bahawa apabila seseorang isteri itu berlaku nusyuz, maka sang suami harus pertama sekali menasihatinya dengan baik dan lembut...bgtau yg ikamu dah menyakiti hati saya, nusyuz tu haram.salah di sisi agama..lepas tu kalau isteri tu xde perubahan jugak, asingkan tempat tidur darinya..kalau xberkesan jugak, barulah memukulnya dengan syarat, pukulannya itu tak menyakitkan..wallahualam.."

*****

aku termenung. teringat dekat Umar.. terasa berdosa..pada awalnya dia nak elak aku rase berdosa, akhirnye aku tetap rase berdosa..ke dia mmg xsudi nak bersama aku sebab tu dia gunakan alasan aku yang xsudi nak bersama dia..eh ape aku merepek ni..astaghfirullah..buruk sangka dkt suami sendiri..dikira nusyuz ke?

"dosa dan pahala..halal dan haram..kedua2nya telah jelas hukumya. tapi di antara kedua2nya, ade satu garis pembahagi yang sgt nipis, xdapat dibezakan mana halal, mana haram..mana dosa..mana pahala..itulah syubhah..dan bila kita rasa was2, curiga atau xsedap hati, maka tinggalkanlah perkara itu..perkara yg haram dan berdosa akan buat hati kita rase bersalah bila terdetik..itu pun utk org2 yg sedar dan aku percaya org yg kuat pegangan mcm ko ni, akn sedar..mata hati org yg dekat denganNya tu terang,Maiya.." suara hani yg halus menyusup masuk dengan damai ke dalam hati aku. aku mengerti..

"thanks hani..thanks jugak bawak aku pegi usrah tu..aku rasa mmg kau plan pn kan nak bg aku dengar.."

"alah, anggap jela ni peluang yg diberi Allah untuk bagi kau petunjuk..."

"jazakillah..sayang ko!" aku memeluk dan mencium pipi hani...u helped me a lot, hani...

"rasenye aku tak pernah tengok ko call suami ko tu lagi.." hani pergi meninggalkan aku dengan seribu anak panah menusuk kalbu....

nak call ke Umar? ahhh! rase nak cucuk2 mata sendiri...aku xde number phone dia,masyaAllah!! mcm mane ni? ym pn lagilah xde..aduhai...airmata pulak tak kering2 mengenangkan salah aku kat Umar..dan ade perasaan aneh yang mendera kalbu ini...bercampur-campur..entahla..ya Allah, tolonglah aku..

aku merapati rak buku yang menempatkan frame2 gambar yg aku bwk dr malaysia..ade gambar babah. gambar ibu..gambar mak..tp gambar org yang sedang harapkan tu xde pulak..kenapa aku xbawak gambar dia??!!! aku macam dah tercampak kat sini sorang2,xde suami...betul2 xde bnda yang boleh ingtkan aku kat dia.

malam tu aku bermunajat sebanyak-banyaknya kepada ilahi..semoga dosa diampunkan..semoga hati dibersihakn..semoga urusan dipermudahkan..semoga umur dipanjangkan agar sempat memohon maaf kepada suami..agar jodoh kami juga dipanjangkan..mcm2 agar lagila..sesungguhnya hanya padaMu aku bermohon dan mengharap.

*****

"sedapnya french toast ko!! ni la yang paling aku rindu psl ko tau x??" hani memujiku..dalam hati, aku kembalikan pujian tersebut kepada yang maha layak..

"ko tau x, Umar tu boleh ckp french toast aku biase2 je..dia kata dia punya lg sdap.padahal bila aku tanya pak lang, Umar pernah buat roti biasa je."

"haha..mane ko tau roti telur biasa dia tu lebih sedap daripada french toast ko..ko penah rase?" soalan hani seolah2 menambahkan pilu di dada..roti telur suami pun aku xsempat rase..

*****

"hani, hari ni aku dapat patient kanak2 down sindrom."
"really??? bukan senang tu.beruntung kau.."
"itulah..aku pulak dah pernah ade experience handle budak2 down sindrom so td aku mmg xde mslh komunikasi dgn dorang. maka aku dijadikan contohla td..hehe.."

"alhamdulillah..rezeki kau...bila pulak ko penah deal dengan kanak2 down sindrom??"

Umar...hati aku menjawab..betapa masa aku jumpa kanak2 tu tadi, aku teringat terus dekat Umar...

"suami aku ade beberapa org anak angkat down sindrom.."

"subhanallah..mulianya hati suami kau...beruntung isterinya.."hani menjeling nakal kat aku..

"memang pun..tapi malang siapa yg beristerikan aku yg blur macam ape ni.."

"bukan blur tp blind.."

"amboi..tajamnye kata2..."hani memang sgt jujur..dulu aku terkejut gak dgr dia komen tak bertapis.tp sekarang dah biasa sbb aku tau dia mmg maksudkannya dan aku suka org mcm tu..tak payah berselindung di sebalik kata2 manis dan wajah plastik.

"hehe..sorry...i meant it..betul ke?"

"mmg betul..aku buta...tp dlm mase seminggu,manela sempat aku nak judge dia.."

"i know..what i said td mmmg keterlaluan..sorry eh..i'm not in your shoes.."

"xpe..no worries..hehe.."

ape khabar la yaya, awal, jiha dan muni....ibu rindu kamu sume..ayah sempat xvisit kamu setiap minggu??---nila akibatnye xtau phone number..pertanyaan akan terus menjadi pertanyaan tanpa jawapan.

*****


"Assalamualaikum..." kedengaran suara seorang wanita di depan pintu rumah aku.

"Waalaikumussalam.."aku segera menutup api kuali dan bergegas ke depan..bukan suara Hani..siapa pulak ni...pintu rumah kukuak..

"eh..mcm kenal la.." wanita itu kelihatan amat terkejut. aku lagila terkejut..sebab aku pun macam familiar dgn dia..

"iyela...kat mane eh..?" aku bertanya.

"name siapa eh?" dia pulak bertanya..

"sumayyah.." aku jawab

"oooh..sumayyah...ingat lg x, dekat lrt stesen bandaraya?? saya alia.." gadis itu memperkenalkan dirinya..

"masyaAllah..sungguh berjodohnye..mestila ingat..sempat kenal sekejap je hari tu.." aku lantas menyalam dan memeluknya.

"keciknye dunia kan.." alia tersenyum padaku.

"eh masuklah dulu.." aku menjemput.

"eh xpela..dtg sini pun sebenarnye nak hantar flyers. minggu depan ade minggu free al-Quds..nak ajak satu rumah ni la..lepas ni kena pegi rumah lain pulak..datanglah ye.."

"insyaAllah..eh kejap..alia bukan berkuliah dekat msia ke..kenapa ada dekat sini pulak?"

"oooh...saya buat twinning...dulu dekat IMU..kemudian dapat offer dekat sini.."

"ooh..medic la ni?"

"eh xla...dentistry..."

"eh same la kita..laa junior saya rupanya..nmpk sangat saya ni katak di bawah tempurung,xkenal junior..haha..eh IMU dah ade dentistry rupanya sekarang ni.."

"haha..haah..nanti kalau ade ape2, bolehla saya contact kak Sumayyah eh.."

"xde problem..akak sedia membantu.."

"ok la kak..kena habiskan semua flyers ni..pergi dulu eh..assalamualaikum.."

"waalaikumussalam..take care.." aku memerhatikan alia sampai dia hilang dari pandangan..sungguh tak terduga, di negara orang, bertemu sekali lagi.

*****

kenapa makin hari makin lain mcm perasaan aku akt Umar ni..hari2 teringat dekat dia...eh?? aku rindu dia ke? da in love dgn dia ke? maiya, stop being in denial..mmg ko dah tersangkut dekat Umar..xsalah pun..dia suami ko sendiri kan..

"Ui..menung jauh nampak..dah sampai HKL?"

"hoi..terkejut aku..ade2 je ko ni.."

"jom g mall...aku nak beli barang sikit.." aku mengangguk dan terus bersiap-siap..hani kalau nk keluar, main terkejut2 je..bukan nak warning awal2 dulu..

suasana kat mall seperti biasa penuh sesak..parking pun susah..biasala weekend..hani nak singgah ke kedai buku utk membeli buku2 baru..aku pun ikut jela...hani masuk ke bahagian medicine..aku xde selera nak tengok2 buku2 medicine..maka aku bergerak ke rak bertentangan yang mempamerkan novel2...novel2 melayu jangan harap la nak jumpe..mujurla aku dah bawak stok dari msia..aku membelek2 novel inggeris karya penulis kegemaran seperti stephen king, virginia andrews, agatha christie, dan brown, john grisham dan jeffrey archer. and finally i choose to buy Dan Brown's the lost symbol...

aku berjalan menuju kaunter sebelum terserempak dengan sebuah lagi buku yang menarik perhatian aku karya jeffrey..ah kawal nafsu..habiskan yang satu ni dulu..aku pun meletakkan balik buku tersebut dan mula melangkah ke kaunter dan amat malang aku jalan xbetol maka terlanggar seorang lelaki bertubuh tinggi dan tegap..

"sorr.." mulut terberhenti bercakap..mata terbeliak sampai nak keluar biji mata...heart is pounding so fast..the man..standing up infront me is him! is him! the one i've been thinking of! the one i'm missing! the one i think, i love..

"Maiya??"
"haha.abang.."
"maiya??!!" muka Umar berubah pelik.
"kenapa buat muka macam tu?? maiya yg patut buat muka cmtu sebab abang xsepatutnya ada kat sini."
"kaki maiya pijak kaki abang. sakit." muka Umar serius. sempat marah lagi dalam keadaan ni??
"abang!!" eh tu bukan suara aku.suara sape?panggil Umar ke? aku berpaling ke arah suara itu. Alia?? ape dia buat ngn Umar..kenapa panggil abang? kenapa mereka BERDUA?? hati aku jadi tak keruan. kelam kabut dibuatnye.terkejut. tak sangka. marah. cemburu.

"Maiya, jom balik. aku dah habis beli." Hani mendekati aku.
"eh sape ni Maiya?" Hani soal aku. aku masih tergamam.
"err..oh! ni Alia, my junior..hehe..sebelah dia tu suami dia kot.hehe..jom pergi." aku menarik tangan Hani segera beredar dari tempat tu tanpa menoleh ke belakang lagi.
"eh ape ni..xsempat pun aku nak berkenalan jap ngn junior ko." hani kebingungan namun aku terus menarik tangannya ke tempat yang aku pn xpasti. Umar dan Alia? kata tak cari perempuan lain?? konfius2..

*****

Ade orang bagi salam. aku xde mood nak sambut tetamu itu. hani yang bukak pintu. beberapa ketika kemudia aku dengar suara mereka sembang2..lepas tu pintu bilik aku diketuk.

"Alia nak jumpe.." hani memberitahu.dengan rase malas2, aku melangkah keluar.

"assalamualaikum, alia.." aku memberi salam dan cuba memaniskan muka namun aku mmg rase lesu tak bermaya..baru je lepas berendam airmata..

"akak ok ke?"

"ok..ade ape alia nak jumpe akak.."sengaja bertanya walaupun dapat dijangka kedatangannya..

"alia mintak maaf..alia tak tau akak ni isteri abang Umar."

"xpe,bukan salah Alia..kita memang xkenal sebelum ni..sejak bila abang umar dtg dekat sini?" aku cuba gak menggali cerita..

"sejak semalam..katanya dia nak cari isteri dia..tapi dia tak tau mane nak cari...dia kata name Sumayyah..tp alia tak expect langsung org tu akak sebab alia ingat akak bujang lagi.."

"kenapa dia nak cari akak pulak..alia kan ade.."

"akak dah salah faham sebenarnye..kami xde ape2..alia ni anak sedara abang Umar..mase kecik dulu dia selalu baby sit alia..alia pun dah anggap dia mcm abang alia walaupun dia sebenarnye pakcik alia.." bagai disimbah air muka aku..baru tersedar..kenapa aku ni gopoh sgt wat assumption?? kenapa xsiasat dulu. terus pk bukan2 pulak..berdosanya rase..aku terus mintak maaf kat alia dan berterima kasih sbb bgtau hal sebenar. aku terus memeluk alia sambil menangis..rase bersalah yg amat..menuduh tanpa usul periksa.mmg stupid.

"akak,abang tunggu dekat luar.." beritahu alia..mamat tu..berani dia..mula2 buat aku excited dan happy bila jumpa dia..lepas tu buat aku sedih tiba2..dia ni mmg suka la mencampur-adukkan perasaan aku..

*****

"terkejut?" Umar buat muka.
"abang cakap benda yg sama mase kita nikah dulu.."
"oh ingat lagi..."
"mestila.."
"abg mintak maaf.."
"ape abang ni?? maiya yg salah. maiya yg patut mintak maaf. maiya isteri nusyuz.maiya nak sgt mintak maaf dengan abang dan jadi isteri yg solehah tp maiya xtau macam mane.maiya mcm terperangkap dekat sini.i just cant reach you..hari2 maiya doa..maiya..maiya" aku kehilangan kata2..yg ade hanya suara esakan kecil..nangis pulak..buat malunye..

"dah2..shh2..sekarang abang ade. janganla nangis mcm tu. buruk." Umar memeluk dan memujuk aku. tuhan je tahu rindunya aku nak dipeluk macam ni.

"abang cuti ke?"
"tak lah.."
"habis tu buat ape datang sini?"
"to make sure u're still mine."
"ee jiwang."
"biala..besides that,dpt tau yg rupanya isteri abang sayang abang.hahahaha" Umar gelak kejam..
"ade maiya bgtau ke?"
"ha..haa..jgn ckp mcm tu..dikira nusyuz nanti.." oh sensitifnya aku dengar perkataan nusyuz itu.
"abang, mulai hari ni, kita jadi suami isteri sebenar eh? maiya tak tido pakai tudung dah."
"haha..kenapa? sebab dah tumbuh rambut? dah tumbuh telinga?"
"sebab maiya sayang abang la..abang kan suami maiya.." dalam kedinginan malam Dunedin, aku dengan tanpa egonya boleh melafazkan kata2 keramat tu..alangkah indahnya~feuw~~(melayang2 di awan biru)...dan di bawah terang bulan, aku dapat lihat muka Umar buat kali keduanya memerah.hahahahahahaha...

"blushing!hahahah!" aku menuding jari ke arah muka Umar itu.
"oh gelakkan orang!" dan Umar main kejar2 pulak ngn aku di malam2 hari ini..sungguh kalah kanak2...

ya Allah aku bersyukur dengan tercampaknya aku kembali ke dunia kiwi ini, aku mula mengenal erti rumahtangga islam yang sebenar..mula mengerti makna cinta dan rindu yg Engkau anugerahkan..makna tabah dan sabar dalam ujian..makna menjadi isteri solehah..makna menjadi muslimah sejati..sungguh cantik perjalanan hidupku Kau susun..dipertemukan dengan suami sewaktu ujian mula menghempapku bertimpa-timpa dan tanpa disedari dia sentiasa ada dengan aku mase aku aku diuji..kematian tunang, kematian ibu susuan, dan kegagalan dalam pelajaran.semuanya berlaku berturut2 dan amat berat untuk aku tanggung. namun Kau anugerahkanku dengan seorang suami yang sememangnya diciptakan untukku dan layak bersamaku. seperti aurora dalam gelap malam..Alhamdulillah..

*****

PART UMAR

Umar memeriksa Zakwan dengan teliti..dilihatnya tangan Zakwan yang kaku terlantar tak sedarkan diri mula bergerak-gerak..petanda positif! dalam hati Umar memuji Ilahi kerana merasakan amat ajaib utk org yg kritikal mcm Zakwan utk bangun semula. Umar memeriksa biji mata Zakwan.positif! ade tindak balas. Alhamdulillah..tiba2 tangan Umar disentap Zakwan. kuat betul dia pegang.Umar memerhatikan wajah Zakwan.mulutnye bergerak2 mcm nak bgtahu sesuatu.Umar mendekatkan telinganya.

"jangan bgtau sesiapa aku dah sedar." keras suara Zakwan. Umar hairan tp dia angguk je.xsampai hati nak tanye byk2 sbb pesakit tu baru je terjaga.

-----

"Zakwan, sampai bila kau nak aku rahsiakan hal ko ni..tunang kau sendiri dah dapat detect ade sumting wrong." Satu hari Umar bertanya kepada Zakwan.

"Sampai aku mati." Umar tersentak dengar jawapan Zakwan.

"condition kau bertambah baik dari hari ke hari.."

"aku tak kira." Zakwan masih berkeras.

Suatu hari Zakwan terkantoi bila family dia tgah melawat dia, tiba2 Zakwan yang sedang tidur terjaga dengan kuat,macam tersedar drpd mimpi ngeri. mase tu sume org tau sendiri yang Zakwan dah terjaga..
-----
"doktor, aku rase mase aku dah tak lama.." tiba2 Zakwan bersuara lemah semasa Umar sedang wat routine checkup kat dia.
"tu sume luar kuasa kita."
"doktor takkan faham ape yg saya rase." Umar membisu mendengar kata2 Zakwan.dia meneruskan kerjanya.
"tolong kawen dengan tunang aku." Umar tersentak. wasiat ke ape ni?
"tolong.." Zakwan sekali lagi merayu..
"tapi..."
"tolong..ni permintaan terakhir aku.."suara zakwan tersekat2..
"bukan senang.."
"tolong...anggapla ni wasiat aku..amanah aku.." Umar hanya meneruskan kerjanya tanpa membalas ape2 kat Zakwan n then terus keluar dari wadnya.

----
the day b4 zakwan died
"tolong tunaikan wasiat aku."
"tapi..kami xkenal.."
"kamu berdua dah lama kenal.aku nampak...aku nampak.."
"ape yg kau ckp ni..kami xpernah kenal..pernah terserempak je tu pun baru beberapa hari lepas."
"kau tak tahu..tapi aku tahu..dah lama..kamu dah lama kenal.."
"zakwan.."
"please..tolong jaga dia...jaga dia.."

suara Zakwan tak kedengaran lagi..dia membisu..matanya memandang ke satu arah yang jauh..denyutan jantung menjadi kelam kabut..Umar terus memanggil ahli keluarga Zakwan. setengah jam kemudian dia melafazakan syahadah dan habisla nafasnya.

~~~end~~~